Dapur

Resepi Serbuk Asam Boi, Mudah Buat Sendiri Tak Perlu Beli Guna 3 Bahan Saja!

71
SHARES

Jaranglah orang menolak makan buah-buahan bersama perisa asam boi, betul tak? Rasanya yang begitu masam-masam manis sudah pasti memberi rasa ketagih kepada diri yang menikmatinya.

Jadi, sekiranya anda mempunyai buah-buahan seperti jambu atau mangga di rumah dan ingin menikmatinya bersama perisa asam boi, apa kata cuba buat sendiri di rumah. Caranya sangat mudah dan hanya menggunakan tiga bahan sahaja. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Butter Cheese Cake Gebu Gebas Terlajak Sedap, Rugi Tak Cuba Buat!

FUHHH SYAHDU! BILA DAPAT TABUR ATAS BUAH-BUAHAN

Gambar: Tabur atas buah fuhh syahdunya. Buah jambu dah tinggal tu je haha sebab syok masuk mulut baru ingat nak tangkap gambar.

Tak ada masak apa cuma nak share cara buat serbuk asam boi. Tabur atas jambu ke mangga ke uiii sedapnya. Kalau beli pon dah berapakan harganya. Buat je sendiri, buat stok. Senang. Jimat pon jimat.

RESEPI SERBUK ASAM BOI

BAHAN-BAHAN:

Gambar: Saya guna plum powder brand ni sebab ini je yang ada. Brand apa pon tak kesah asalkan plum powder.

  • Asam boi
  • Gula pasir
  • Plum powder

CARA-CARA PENYEDIAAN:

Gambar: Asing asam boi dengan biji dia. Saya beli dekat kedai orang jual asam-asam. Bagitau orang kedai nak asam boi untuk tabur dekat buah. Ini rasa dia masin-masin manis.

1. Asingkan biji dari asam boi.

Gambar: Asam boi yang dah blend halus. Nampak macam tak halus sangat kan tapi dont worry nanti dah campur-campur semua dia sebati elok.

2. Blend halus (blend kering). Letak dalam satu bekas.

Gambar: Gula pasir blend sampai jadi debu debuan halus.

3. Blend gula + plum powder. Blend halus juga.

4. Satukan dengan asam boi yang dah di blend tadi. Gaul sebati.

Gamabar: Lepas itu, semua bahan dah blend semua tadi tu letak dalam bekas dan goncang-goncang kan dia. Siap!

5. Saya masukkan dalam satu bekas pastu goncang-goncangkankan dia. Siap!

NOTA:

Oh resepi tiada sukatan sebab buat ikut naluri.

Saya tak tambah garam sebab asam boi tu dah ada rasa masin. Tapi ikut selera masing-masing. Dah siap tu cuba rasa.

If rasa nak manis lagi boleh tambah gula. Nak masin boleh tambah garam. Boleh adjust ikut selera. Senang kannnnnn!

Sumber: Facebook Siti Khadijah via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×