Dapur

Resepi Butter Cheese Cake Gebu Gebas Terlajak Sedap, Rugi Tak Cuba Buat!

30
SHARES

Bila dengar nama resepi kek ini, mungkin ramai sudah tahu bagaimana teksturnya yang begitu lembut, ringan dan dikatakan juga ianya cair di dalam mulut. Sering dinikmati di waktu petang atau ‘hi tea’ dengan secawan air panas, lagi-lagi bila berkumpul satu keluarga. Meriah!

Perkongsian resepi Butter Cheese Cake dari Puan Khairunnisa Mohammad ini dikhabarkan amat sedap dan mudah juga cara penyediaanya. Kalau anda rasa mengidam kerana lama tak makan kek ini, silakan untuk cuba buat di rumah. Tak perlu nak tempah luar yang mungkin agak tinggi kosnya.

Baca juga: Resepi Bihun Goreng Tomyam Viral, Rupanya Guna Bahan Rahsia Ini!

GEBUS GEBAS TERLAJAK SEDAP, WAJIB BUAT HIDANGAN MINUM PETANG

Malam dah ni. Tapi nak jugak ajar korang buat Butter Cheese Cake yang terlajak sedap ni.

RESEPI BUTTER CHEESE CAKE

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji telur Gred A
  • 250g butter
  • 250g cream cheese
  • 200g gula
  • 210g tepung superfine (diayak dengan baking powder)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1+1/2 sudu kecil baking powder
  • 80ml susu segar

CARA-CARA PENYEDIAANYA:

1. Satukan gula, butter dan cream cheese hingga putih atau gebu.

2. Masukkan telur satu-persatu dan gaul hingga sebati. Masukkan esen vanila dan sambung gaul lagi.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan susu segar.

4. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci. Bakar pada suhu 160° selama 1 jam atau sehingga masak. Api atas bawah.

5. Bila dah masak, keluarkan loyang dari oven dan hentakkan loyang.

6. Potong masa kek dah sejuk. Makan sejuk-sejuk lagi sedap tau. Selamat mencuba.

NOTA KAKI:

  1. Nak kek tinggi, pakai loyang 7 inci.
  2. Cream cheese bubuh dalam 150g pun okay dah. Tapi kalau nak bubuh 250g, sedap la lagi.
  3. Masa 1 jam tu cadangan saja. Kalau lepas 1 jam tak masak lagi, tambah je masa. Cucuk tengah kek tu. Kalau tak ada adunan lekat, masak dah tu.
  4. Takda tepung superfine, tepung gandum pun boleh. Tambah baking powder jugak. Tapi sedap lagi tepung superfine.

Sumber: Facebook Khairunnisa Mohammad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×