Dapur

Resepi Bihun Goreng Tomyam Viral, Rupanya Guna Bahan Rahsia Ini!

50
SHARES

Terdapat pelbagai resepi bihun goreng tomyam yang telah dikongsikan oleh para pengguna di laman sosial. Namun, lain pula resepi dari Puan Rozmaliza Omar kerana dia menggunakan pes tomyam ini sebagai bahan penting dan memang lazat hasilnya!

Malah, jika anda sudah penat dari makan nasi boleh saja jadikan hidangan ini sebagai menu utama. Tapi, jika dapat menikmati bihun goreng tomyam di waktu sarapan pagi atau minum petang lagi bertambah terangkat nikmatnya! Jom cuba resepi di bawah.

Baca juga: Tips Jimat & Pantas Memasak Terutama Pasangan Bekerjaya, Ada Macam-Macam Resepi Pes!

HIDANGAN BERAT YANG MUDAH ATAU SEBAGAI MINUMAN PETANG

Hari ni no nasi. Lepas solat asar terus goreng BIHUN GORENG TOM YUM untuk makan tengahari merangkap minum petang kami. Jom tengok resepi!

RESEPI BIHUN GORENG TOM YUM

BAHAN-BAHAN PENTING RESEPI:

  • 1 bungkus bihun – rendam hingga lembut.
  • 6-7 ulas bawang putih**.
  • 5 biji cili padi**.
  • 3 sdb pes tom yum.
  • 2 sdb cili kisar.
  • 2 sdb sos tiram.
  • 1 sdb sos ikan.
  • Kobis dan carrot.
  • 1 ikat sawi.
  • 3 helai daun limau purut – dikoyak-koyak.
  • Isi ayam, udang dan sotong (saya letak ayam je).
  • 1 cawan air.
  • Garam dan sedikit gula.
  • Minyak untuk menumis.

CARA-CARA PENYEDIAANNYA:

1. Panaskan minyak tumis bahan-bahan bertanda ** yang ditumbuk kasar hingga wangi.

2. Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak kemudian masukkan pes tom yum. Tumis lagi.

3. Masukkan isi ayam masak hingga empuk diikuti udang dan sotong.

4. Masukkan garam, gula, sos ikan dan sos tiram. Masukkan air. Biarkan mendidih

5. Masukkan bihun, sayur-sayuran dan daun limau purut. Gaul rata-rata hingga semua lembut masak sekata.

6. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan. Tabur daun bawang dan bawang goreng.

GUNA BIHUN JENAMA INI RUPANYA, PATUTLAH NAMPAK CANTIK TERLETAK!

Menjengah di ruangan komen, ternyata ramai dalam kalangan netizen yang begitu teruja dengan perkongsian resepi ini. Rupanya, puan Rozmaliza menggunakan bihun jenama Merak patutlah nampak cantik bihunnya kata netizen.

Malah, ada juga yang membuktikan bahawa pes tomyam yang digunakan wanita ini memang sangat sedap!

Mudah bukan nak memasak hidangan ini? Anda mesti boleh buat dengan pejam mata! Tambahan pula, rasanya yang pedas-pedas manis masam tomyam sudah pasti akan membuka selera anda yang belum lagi menikmatinya.

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Rozmaliza Omar via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×