Dapur

Tips Jimat & Pantas Memasak Terutama Pasangan Bekerjaya, Ada Macam-Macam Resepi Pes!

39
SHARES

Aktiviti memasak ini sudah menjadi rutin harian dalam kehidupan. Terutamanya, kepada pasangan suami isteri yang kedua-duanya berkerjaya salah seorang pastinya akan bergilir mengambil tugas tersebut.

Namun, keadaan ini sudah pastinya memberikan kesan letih atau kepenatan setelah seharian berada di pejabat. Justeru itu, bagi membantu anda meringankan beban tersebut, apa kata ikuti tips yang dikongsikan oleh Puan Izyan Alias bagaimana cara dia menyelesaikan tugas memasak dalam tempoh yang pendek.

Baca juga: Dietitian Kongsi Tips Masak Sayur Ikut Warna Supaya Dapat Zat Paling Maksimum

BELI BARANG BASAH SECARA PUKAL TIAP BULAN & SEDIAKAN BAHAN MASAKAN TIAP DUA MINGGU

Gambar dari kanan atas ikut pusingan jam: pes bawang, sambal kicap, bawang goreng bersama minyak, air lada, sambal penyet.

Saja nak share tips jimat dan pantas memasak walaupun tak ada masa.

Beli lauk basah 1-2x sebulan secara pukal. Ayam pulak Egie beli ayam organik (whole, rangka dan dada ayam). Weekend setiap 2 minggu sekali, sediakan segala jenis sambal dan pes bawang. Senang nak masak, cedok-cedok je.

RESEPI PELBAGAI PES PELBAGAI KEGUNAAN:

1. PES BAWANG

Gambar: Kalau bawang banyak ni, saya letak minyak masak 1/3.

Bawang merah, besar dan putih, blend dengan minyak masak. Jangan letak air langsung. Kalau bawang 3/4 blender, minyak boleh letak 1/3. Then blend halus.

Tumis tanpa minyak dah sampai naik minyak macam itu guna api perlahan. Eloknya guna nonstick pan. Sejukkan baru simpan dalam peti.

2. PES CILI KISAR

Gambar: Guna banyak sikit minyak.

Potong kasar cili kering, rebus. Tapis.  Then blend dengan minyak masak jugak. Tumis sampai naik minyak.

3. PES SAMBAL PENYET (Cara Egie)

Potong kasar cili besar, cili padi, bawang merah dan bawang putih. Goreng sampai bawang perang sikit. Sejukkan sebelum kisar bersama minyak gorengan.

Lepas itu tumis balik sekejap lagi bersama garam gula secukup rasa untuk keringkan sikit lagi air. Kali ini tumis kejap je.

Gambar: Siap!

Buat rencah goreng nasi, memang paduuuu! Boleh juga buat rencah goreng sayur, mihun dan mi.

4. SAMBAL NASI LEMAK:

Gambar: Sambal nasi lemak.

Tumis bawang kisar dulu sampai kering air, baru masukkan cili kisar (ini kalau guna bawang dan cili yang belum dimasak di nombor 1 dan 2) tips ni untuk elakkan sambal tumis merecik menggila.

Jangan lupa masukkan daun pandan, asam keping dan bilis tumbuk. Masukkan garam gula secukup rasa. Tambah air 2-3x dan tumis sampai kering setiap kali tambah air.

BAWANG GORENG:

Boleh simpan bawang goreng bersama dengan minyaknya sekali. Letak bawang dan minyak atas sup atau bubur, perghhh wangiiii.

#izyanaliaskitchen

Sumber: Facebook Izyan Alias via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×