Dapur

Dietitian Kongsi Tips Masak Sayur Ikut Warna Supaya Dapat Zat Paling Maksimum

2
SHARES

Sayur merupakan tumbuhan yang membekalkan pelbagai nutrisi kepada tubuh badan manusia dan tumbuh dalam pelbagai jenis. Terdapat juga sebilangan individu yang  tidak gemar memakan sayur mungkin kerana faktor rasanya yang tidak selalu terasa lazat di mulut.

Namun, terdapat juga individu yang merupakan pencinta sayur sehingga tak boleh hidup tanpa memakan sayur di dalam hidangan hariannya. Justeru itu bagi mengekalkan zat sayur yang paling maksimum ketika masak, seorang dietitian telah berkongsi tips bagi mengekalkannya mengikut warna sayur.

Baca juga: 10 Makanan Ini Untuk Anak Ada Asma, Akan Nampak Perubahan Nanti!

TIPS MASAK SAYUR SUPAYA DAPAT ZAT PALING MAKSIMUM!

Lama tak bersiaran rasanya tentang diet. Pagi ni nak bagi tips masak sayur supaya dapat zat yang paling maksimum

TIPS MASAK SAYUR BUKAN BERDAUN HIJAU

Bagi sayur berwarna yang bukan berdaun hijau (contoh tomato, kentang, cendawan dan sebagainya), cara masak bagi sedap dan lebih berkhasiat adalah MASUK PADA AWAL MASAKAN.

Masuk masa awal tumis, atau awal kacau, mendidih bukan last sekali.

Ini sebab sayur tersebut ada natural MSG dan akan buat masakan lebih rasa sedap. Lagi lama masak lagi banyak natural MSG dari natural foods.

TIPS MASAK SAYUR BERDAUN HIJAU

Bagi sayur berdaun hijau (contoh sawi, kangkung, bayam etc), cara masak bagi lebih berkhasiat adalah MASUK PADA AKHIR MASAKAN.

Masuk paling sekejap, paling last, lagi fresh lagi baik.

Ini sebab sayuran begini ada water soluble minerals (seperti potassium) yang mudah hilang dalam air atau kuah dan juga hilang waktu masak suhu tinggi. Jangan masak terlalu lama untuk elak zat ni hilang.

BIASAKAN MAKAN SAYUR DALAM KUANTITI BANYAK…

Jangan lupa lepas masak ambillah separuh pinggan sayur (boleh campur macam-macam jenis yang masak, yang fresh, yang berkuah ke tak).

Tak biasa makan banyak? Naikkan sikit-sikit sampai capai target. Caiyok jom makan sayur.

#dietitianfizah #makansayur #dietsihat

Anda yang tidak suka makan sayur, boleh mula melatih diri secara perlahan-lahan kerana rugi kepada badan sekiranya tidak mempunyai zat daripada sayur. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Nur Hafizah M Sobri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×