Asuh

10 Makanan Ini Untuk Anak Ada Asma, Akan Nampak Perubahan Nanti!

12
SHARES

Asma atau dikenali sebagai penyakit lelah adalah antara gangguan pernafasan paling biasa dialami kebanyakan individu. Umumnya, penghidap asma akan berdepan keadaan sesak nafas, batuk dan berdehit, menurut portal Hello Doktor.

Penghidap asma kebiasaannya diberikan ubat dan rawatan untuk mengatasinya. Selain itu, anda boleh jadikan makanan ‘real food’ untuk membantu diet penghidap. Secara tidak langsung, anda akan nampak perubahan yang sangat ketara, walaupun tidak sepenuhnya hilang.

Jom, sama-sama usaha dan ikhtiar!

Baca juga: Rupanya Ini Cara Betul Basuh Buah & Sayur, Baru Anak Lebih Sihat!

BERI ‘REAL FOOD’ & KURANGKAN MAKANAN ULTRA PROSES!

Gambar hiasan: HelloDoktor.

Banyakkan 10 makanan ni untuk anak yang ada asthma. Tak ada satu pun dari makanan ini, yang terus boleh hilangkan asthma anak sebenarnya.

Tapi jika kita ubah sikit diet anak, banyakkan makanan real food macam ni, kurangkan sebanyak mungkin makanan ultra proses, insyaAllah kita akan nampak perubahan yang sangat ketara.

10 JENIS MAKANAN REAL FOOD BUAT PESAKIT LELAH:

1. EPAL

Epal kena ada dekat rumah selalu tau.

2. OREN

Oren pun sama.

3. DELIMA

Delima kalau datang musim dia, beli buat stok untuk anak okay.

4. KACANG ALMOND

Kacang almond untuk anak kudap.

5. IKAN

Ikan menu wajib untuk anak asthma.

6. HALIA

Halia jangan tinggal, terutama waktu kena attack.

7. KUNYIT

Ini pun sama, kunyit hidup.

8. BAYAM

Sayur bayam tumis air sedappp.

9. TOMATO

Tomato bagi makan saja pun boleh.

10. CARROT

Carrot masuk dalam sup ayam. Sedappp!

MAKANAN BOLEH JADI BAJA ATAU RACUN KEPADA ANAK, ANDA PILIH!

Semua real food yang hanya 1 bahan je. Masukkan dalam menu harian dan mingguan anak-anak.

Real food macam ni, boleh kurangkan radang pada paru-paru dan tubuh anak. Asthma kurang nak menyerang atau kalau datang, insyaAllah cepat sembuh.

Syaratnya, ultra processed food kena tinggal dulu. Sebanyak mana pun makanan sebenar yang sihat kita bagi anak, tapi kalau hari-hari anak masih ambil makanan tinggi proses, tetap juga asthma anak akan susah nak sembuh.

Makanan boleh jadi baja untuk tubuh anak. Makanan jugak boleh jadi racun untuk tubuh anak. Tugas kita kan, nak pilih yang mana.

Kita buat sama-sama ya, moga Allah berikan petunjuk untuk kita pilih yang baik-baik buat anak.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×