Asuh

Rupanya Ini Cara Betul Basuh Buah & Sayur, Baru Anak Lebih Sihat!

37
SHARES

Setiap anak mesti mempunyai buah atau sayur yang menjadi kegemaran mereka. Sudah pasti ibu bapa akan membelinya untuk melihat mereka makan dengan gembira dan penuh berselera.

Namun, buah-buahan dan sayur-sayuran yang dibeli harus terus dibasuh terlebih dulu kerana huatir anak-anak akan terus makan dan kemudian diserang batuk atau alergik. Justeru itu, bagi memastikan kesihatan anak tidak terganggu maka haruslah dibasuh bersih dengan cara yang betul seperti perkongsian di bawah.

Baca juga: Emak Jangan ‘Stress’! Percaya Pada Anak & Suami Buat Kerja Rumah, Jangan Tanggung Seorang

CARA ELAK ANAK DAPAT BATUK & ALERGIK LEPAS MAKAN MAKANAN YANG DIGEMARI

Kadang anak batuk dan alergik lepas makan buah, mungkin sebab kita yang tak cuci buah dengan betul.

Saya pernah kena. Anak batuk lepas makan blueberry. Dia terus ambil dari peti sejuk blueberry yang saya baru beli, dan tak sempat basuh pun lagi.

Terus saya serik lepas tu tau. Bila beli apa-apa buah, mesti sampai rumah cuba untuk terus basuh sebab takut anak-anak termakan dan batuk lagi.

Dalam buah, dan sayur jugak. Ada sisa-sisa racun serangga. Itu mungkin antara punca yang buatkan anak batuk dan alergik.

  • Garam.
  • Cuka.
  • Soda bikarbonat.

Salah satu dari 3 bahan ni, wajib ada dekat rumah untuk kita cuci buah dan sayur. Tak boleh putus stok okay. Kalau nak guna sabun pencuci buah pun boleh, cari yang natural dari bahan semula jadi.

Tapi, sebab dah boleh dapat 3 bahan tadi dengan harga jauh lebih murah, sebab tu saya tak guna sabun pencuci buah.

RATIO UNTUK BASUH BUAH & SAYUR:

1. GARAM

  • 1 sudu kecil garam : 1 cawan air

2. CUKA

  • 1 cawan cuka : 3 cawan air

3. SODA BIKARBONAT

  • 2 sudu kecil soda bikarbonat : 4 cawan air

Kacau bagi sebati dan rendam buah atau sayur dalam 10 – 15 minit. Kalini saya buat untuk buah strawberi dan blueberry. Korang tengok gambar ya macam mana saya buat. Tak susah pun, perlukan sedikit je effort dari kita.

Kita cuba sama-sama ya, basuh buah dengan lebih teliti lepas ni.

CARA-CARA MENCUCI BUAH & SAYUR DENGAN BETUL:

Masuk buah dalam bekas putih ni. Best tau bekas ni, atas ada bahagian penapis, senang muat elok. Korang boleh beli dekat sini.

Masuk air dulu. Bekas ni memang kena ada kat rumah kalau korang suka warna putih.

Baking soda ni best sebab ada shaker. Beli sekali je sebab ada bekas tu best letak tepi sinki. Lepas tu beli dalam plastik dan topup je. Nah korang beli baking soda dalam shaker kat sini okay.

Cuka buatan. Kedai runcit bawah rumah pun ada ni.

Masuk salah satu bahan tadi, kacau sebati gitu. Biar 10 minit.

Cuka, baking soda, garam kasar. Semua ni letak tepi atau bawah sinki. Wajib rendam dan basuh buah atau sayur sebelum makan okay. 

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×