Bukan mudah nak kawal tekstur santan daripada pecah minyak, terutama ketika memasak gulai lemak. Lagi-lagi buat pembaca yang baru sahaja belajar memasak. Justeru itu, bagi menangani masalah tersebut, terdapat 5 petua elak santan pecah minyak yang boleh digunakan.
Kalau nak tahu, santan pecah minyak akan kelihatan bergentel dan pecah-pecah. Selain itu, kuah masakan akan menjadi sangat cair. Jom lihat petua-petua di bawah!
Baca juga: Kenali 6 Ikan Air Sungai Yang Ada Sengat Duri, Info Berguna Pemancing ‘Beginner’!
ELAK SANTAN PECAH MINYAK DENGAN 5 PETUA
1. Santan segera
Terdapat dua jenis santan dijual di pasaran iaitu yang segera di dalam kotak dan santan segar hasil perahan terus dari kelapa parut.
Melalui perkongsian Impiana, penggunaan santan segera dalam masakan boleh mengurangkan masalah pecah minyak. Hal ini kerana, kandungannya tersedia penstabil dan pengemulsi yang membantu santan untuk mengekalkan teksturnya.
2. Masak santan cair terlebih dahulu
Teknik masak santan cair terlebih dahulu banyak digunakan oleh atok nenek. Sewaktu memerah santan, asingkan pati atau santan pekat dengan yang cair.
Kemudian, masukkan santan cair terlebih dahulu sehingga kuah hampir masak dan seterusnya baru boleh masukkan santan pekat.
Baca juga: Step-By-Step Resepi Nasi Ayam Hainan, Air Rebusan Ayam Wajib Ada Baru ‘Kick’!
3. Kacau santan tanpa henti
Mengacau santan secara perlahan-lahan dan konsisten sehingga selesai masak adalah sangat penting. Namun, jangan terlalu laju dan tinggi ketika menimbuk kuah kerana ia akan menyebabkan molekul santan cepat bertukar menjadi minyak.
4. Masak api sederhana
Selepas memasukkan santan ke dalam periuk, renehkan gulai dengan api yang sederhana. Sebaiknya, elak santan berbuih atau mendidih ketika masak.
Jika api sederhana tetapi santannya mendidih, ia boleh menjadi risiko santan pecah.
5. Campuran tepung beras
Larutkan sesudu tepung beras ke dalam santan sebelum dicurahkan ke dalam masakan. Ia akan menjadikan kepekatan gulai anda sempurna.
Jadi, itulah sahaja perkongsian petua elak santan pecah minyak yang boleh anda gunakan. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Rahsia KUAH MI KARI Sedap Dari Chef, Letak 3 Bahan Ini, Rasa Umami Sampai Terangkat!
Sumber: Impiana
FT Image: akak pesan / pasarman