Dapur

Kuah Santan Pecah Minyak Kembali Elok Bila Masukkan Daun Ini, Confirm Menjadi!

36
SHARES
santan pecah minyak

“Alamak! Santan pecah minyak pula. Kena buang ke?”

Situasi di atas sering terjadi apabila anda menggunakan santan dalam masakan. Namun, jangan risau kerana kuah tersebut masih boleh diselamatkan dengan menggunakan satu bahan ‘rahsia’ seperti perkongsian di bawah.

Bahan tersebut sudah pastinya mudah untuk didapatkan dan tidak begitu mahal. Nak tahu daun apa? Ikuti penjelasan lanjut mengenai artikel ini di bawah.

Baca juga: Cara Buat Bebola Bergedel Ayam, Bulat-Bulat Comel Macam Ni Lebih Senang Makan

MASUKKAN DAUN INI KALAU SANTAN PECAH MINYAK, TERUS ELOK

santan pecah minyak

Menerusi video di laman Facebook Diahh Dps Masak, santan pecah minyak boleh diatasi dengan memasukkan daun pisang ke dalam masakan.

Kacau selama 10 minit dan kecilkan api. Kuah santan yang sudah pecah minyak akan bertukar menjadi elok seperti biasa.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan beberapa tips di bawah untuk mengelakkan santan pecah minyak.

1. Campur tepung beras

Sebelum mencampurkan santan dan kuah, masukkan satu sudu besar tepung beras ke dalam santan. Kacau sehingga larut agar kuih masak dengan sempurna.

2. Masukkan santan cair sebelum santan pekat

Sekiranya masakan anda menggunakan santan cair dan pekat. Pastikan tumis terlebih dahulu santan cair dengan bahan-bahan lain. Kemudian, masukkan santan pekat.

3. Sentiasa kacau santan

Masalah santan pecah minyak boleh dielakkan dengan sentiasa mengacau kuah. Anda juga boleh menggunakan senduk kayu seperti yang disarankan oleh orang lain.

Mudah sahaja kan? Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Buat Sambal Belacan Mentah, Nak Lagi Sedap Kena Ikut Step Macam Ini!

Sumber: Facebook Diahh Dps Masak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×