Dapur

16 Tips Masak Sambal Ikan Bilis Kekal Rangup, Boleh Tahan Berminggu-Minggu!

50
SHARES
IKAN BILIS RANGUP

Setiap kali buat sambal ikan bilis, pasti sekejap sahaja rangup kan? Sebenarnya, ada beberapa cara anda boleh cuba untuk dapatkan ikan bilis rangup sehingga esok.

Menerusi perkongsian di media sosial, ada pelbagai cara boleh dicuba dan semuanya mudah sahaja. Nak tahu macam mana? Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Resepi Rendang Daging Cili Api Berempah Macam Arwah Nenek Buat, Nostalgia Betul!

16 TIPS UNTUK DAPATKAN IKAN BILIS RANGUP, CUBALAH

IKAN BILIS RANGUP

Kredit: Seasaltwithfood

1. Pastikan anda tunggu sehingga sambal sejuk sebelum masukkan ikan bilis.

2. Sambal kena kering dan bawang tak boleh banyak sangat. Bila dah sejuk, baru gaul ikan bilis.

3. Tak perlu letak air asam dalam sambal dan gula kena lebih.

4. Gaul ikan bilis dengan cuka dan biarkan sehingga 1 jam sebelum digoreng.

5. Semasa goreng ikan bilis, masukkan sedikit cuka ke dalam minyak.

6. Goreng ikan bilis sehingga tak ada buih di dalam kuali.

7. Goreng ikan bilis dengan api sederhana. Pastikan sentiasa kacau dan jangan tinggalkan. Angkat ikan bilis bila buih semasa menggoreng dah berkurang.

8. Pilih ikan bilis kuning dan goreng dalam minyak betul-betul panas.

9. Sebelum goreng ikan bilis, letak cuka makan dan tepung jagung sedikit. InsyaAllah garing lama.

10. Cuci bersih ikan bilis dan tos sehingga kering. Pastikan minyak betul-betul panas dan goreng.

11. Pilih ikan bilis yang nipis bersaiz sederhana.

12. Cuci bersih ikan bilis dan rendamkan dalam air panas. Biarkan selama 5 minit sebelum goreng.

13. Ikan bilis memainkan peranan penting. Kena pilih yang berkualiti, cukup kering dan ‘tak lembap’. Sambal kena sedikit garing. Bila sambal sejuk gaul rata bersama ikan bilis.

14. Sambal kena ada gula dan sos. Pasti ikan bilis rangup sehingga petang.

15. Masak sambal sehingga garing dan kering. Jangan masukkan air.

16. Gaul ikan bilis dengan tepung beras. Goreng seperti biasa. Rangup sampai esok!

Itu sahaja 16 cara goreng ikan bilis rangup. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Stok Pati Kurma Untuk Bersahur, Boleh Terus Campur Dengan Susu & Minum!

Sumber: Facebook Masak Apa Hari Ini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×