Dapur

Cara Buat Stok Pati Kurma Untuk Bersahur, Boleh Terus Campur Dengan Susu & Minum!

6
SHARES
PATI KURMA

Bagi memastikan anda kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan, apa kata cuba bersahur dengan menggunakan pati kurma seperti perkongsian pengguna Facebook di bawah ini. Jelasnya, pati kurma ini boleh dicampur dengan air susu dan terus minum sahaja.

Cara ini juga boleh dicuba sekiranya anda tidak minat makan makanan berat waktu bersahur. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk minuman waktu berbuka jika anda sedang diet. Pasti lebih kenyang!

Baca juga: Dah Tak Ada Idea Nak Masak Apa? Jangan Risau, Ini 50 Idea Menu Berbuka & Sahur

CARA BUAT PATI KURMA UNTUK SAHUR, SEDAP & KENYANG

PATI KURMA

Nak kongsi resepi pati kurma sesuai untuk minum masa sahur, pasti bertenaga esoknya.

Bahan-bahan:

  • 1 kotak kurma

Cara-cara penyediaan:

1. Asingkan biji kurma dan ambil isi sahaja.

2. Boleh guna kurma jenis lembut untuk lebih mudah.

3. Kemudia, kukus selama 2o minit dan kisar sehingga menjadi pes.

4. Tak perlu campurkan air supaya pes tahan lebih lama.

5. Selepas itu, masukkan pes ke dalam botol dan simpan di dalam peti ais.

6. Bila nak guna boleh ambil 1 sudu pati kurma dan campurkan dengan 1 cawan susu.

Menu sahur ekspres ini sesuai dijadikan hidangan untuk semua peringkat umur. Sedap dan kenyang.

Selamat mencuba dan semoga artikel ini memberi manfaat!

Baca juga: 30 Idea Air Sedap Untuk Berbuka Kena Cuba, Memang Lega Tekak!

Sumber: Facebook Fa Phong

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×