Dapur

30 Idea Air Sedap Untuk Berbuka Kena Cuba, Memang Lega Tekak!

7.5K
SHARES

IDEA AIR BUKA PUASA

Tak lengkap rasanya bulan puasa kalau tak kunjungi bazar Ramadan. Pelbagai juadah enak dijual untuk dinikmati ketika berbuka puasa. Selain makanan, minuman juga menjadi tarikan para pengunjung dan antara minuman popular ialah cha bang ang, tembikai susu, jagung dan pelbagai.

Apa kata Ramadan kali ini anda buat perubahan dan buat sendiri sahaja di rumah seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Normaisara Abdul Wahab. Ada 30 idea air buka puasa boleh cuba! Tak sabar nak minum dengan mak ayah di kampung.

Baca juga: Resepi Air Lemon Pudina & Pudina Laici Asam Boi Macam Di Bazar, ‘Fresh’ Untuk Berbuka!

30 IDEA AIR BUKA PUASA ANDA KENA CUBA, LEGA TEKAK!

1. CHA BANG ANG

Idea Air Buka Puasa

– Panaskan setengah cawan gula merah dengan 1 cawan air kacau sampai mendidih.

– Kemudian campurkan 1 tin susu cair 1 tin fresh milk dan 3 sudu susu pekat manis.

– Masukkan ais dan tuang sirap gula merah, cincau dan biji selasih. Lepas itu baru kita tuang adunan susu. Siap! Minum sejuk-sejuk.

2. LONGAN LIMAU GULA MELAKA

Idea Air Buka Puasa

– Panaskan gula melaka dengan daun pandan.

– Selepas itu, letak tepi bagi sejuk dahulu. Kemudian keluarkan longan dari tin, sediakn jug.

– Masukkan ais, letak sirap gula melaka tadi dan tambahkan air kosong.

– Letak logan dengan jus dalam tin tadi, perah limau untuk bagi lagi tambahan rasa sedap.

3. SIRAP BANDUNG FLOAT

Idea Air Buka Puasa

– Letak ais dalam cawan. Tuang sirap rose 2 hingga 3 sudu.

– Masukkan setengah botol besar aiskrim soda, letakkan 1 scoop aiskrim vanila.

– Masukkan setengah tin susu cair dan kacau-kacau bagi sebati.

4.  MANGGA SUSU

Idea Air Buka Puasa

– Beli mangga yang betul-betul masak. Potong dan masuk dalam blender bersama ais.

– Tuang 3 sudu susu pekat manis dan tambah air 1 cawan. Kisar smpai cantik.

– Letak ais dalam cawan, letakkan sikit susu cair dekat bawah, bagi cantik dan juga creamy boleh tuang mangga dekat atas dan letak potongan mangga.

5. TEMBIKAI SUSU

– Masukkan ke tembikai, ais, susu pekat dan susu ke dalam pengisar.

– Kisar sehingga halus, tuangkan ke dalam jug dan hidangkan dengan segera.

6. JAGUNG SUSU

– Masukkan 1 cawan air ke dalam pengisar.

– Masukkan 1 sudu kordial jagung, 3 sudu jagung dalam tin, setengah cawan susu cair.

– Masukkan garam sikit dan sedikit sirap nak bagi pekat warnanya. Optional letak 1 scoop aiskrim vanila dekat atas.

7. SIRAP BANDUNG CAMPUR

– Tuang ais dalam jug masukkan sirap 2 3 sudu.

– Tuang air smpai paras jug. Campur dengan cendol, cincau, biji selsih.

– Campur setengah tin susu cair, susu pekat 2 hingga 3 sudu bergantung manis yang kita nak.

8. LAICI LEMONADE

– Campurkan 1 tin laici dan airnya, perah lemon dan masukkan potongan lemon.

– Letakkn air campuran madu, letak daun pudina, dan masukkn air kosong beserta ais. Sedia untuk dihidang.

9. SOYA CINCAU

– Masukkan cincau yang telah didadu ke dalam jug dan tambahkn air soya.

– Jika ingin lebih manis boleh di tambahkan air gula/susu pekat manis. Tambahkn beberapa ais kiub. Sejukkan sebentar dan bolehlah dihidangkan.

10. JUS MANGGA

– Blend mangga, ais dan susu pekat manis sehingga sebati. Tuang ke dalam gelas dan tambahkan topping kiub mangga.

11. SIRAP SELASIH

– Rendamkan selasih dengan air panas. Bancuh air sirap seperti biasa.

– Masukkan ais dalam jug, letakkan air dan diikuti selasih lalu kacau-kacau hingga sebati.

12. KOKTEL BUAH NAGA

– Letak 2 3 sudu susu pekat kacau smpi sebati, masuk air laici, boleh tambah biji selasih kalau nak.

– Masukkan ais dan then 1tin susu cair.

13. ORANGE MINT ICE TEA

– Potong 3 biji oren, pastu perah dia punya jus dan tumbuk daun pudina.

– Masukkn ais dalam jug dan tuangkn air teh ‘o’ dan masukkan perahan jus oren tadi dan then kacau sebati.

14. LAICI AISKRIM SODA

– Masukkan 3 tangkai daun pudina pastu hancurkan sedikit.

– Masukkan 6 biji laici dengan air sedikit. Masukkan 3 keping lemon, 1 batang serai dan ais secukupnya diikuti air soda.

15. THAI GREEN TEA CINCAU

– 4 sudu thai green tea + 1 cawan air panas dan biarkan sehingga kembang selama beberapa minit.

– Tapis n then 1 sudu coffe creamer dan 5 sudu susu pekat manis.

– Tuangkn ais dalam cawan lepastu tuang adunan green tea dan diikuti susu cair. Optional sis suka tambah cincau. Siap!

16. TEMBIKAI LAICI

– Potong buah tembikai dan kisar bersama-sama gula dan air laici sehingga sebati.

– Masukkan jus ke dalam jug, masukkan buah laici dan ais. Siap untuk diminum.

17. HONEY LEMONADE ASAM BOI

– Masukkan 1 setengah sudu madu, perah 1 biji lemon, masukkan daun pudina dan hancurkan mnggunakn sudu.

– Letakkan ais dan tuang air kosong kemudian diikuti hirisan lemon, asam boi dan kacau-kacau sedia untuk dihidangkan.

18. TEH AIS CINCAU KAW

– Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan. Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah.

– Sukatan susu ikut nak kaw macam mana. Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula sudah sedap, bolehlah tutup api. Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau.

19. ICED CHOCOLATE MOCHA

– Campur kopi, gula, koko dan masuk air panas bagi cair dan dalam blender letak 1 cawan fresh milk, letak 1 scoop aiskrim hazelnut chocolate dan tambah dengan adunan kopi tadi.

– Masukkan ais dalam jug dan tuang adunan kemudian letak 1 scoop aiskrim di bahagian atas. Siap!

20. LIMAU KASTURI ASAM BOI

– 6 biji limau kasturi dibelah dua dan dibuang biji dan tambah 2 sudu gula, setengah cawan air.

– Jangan blend lama sangat, sebab tak nak kulit limau hancur takut nanti pahit.

– Tapis air dan boleh dihidang bersama ais. optional boleh letak 2 hingga 3 biji asam boi kalau nak lagi sedap.

21. COCONUT SHAKE GULA MELAKA

– Blend air kelapa,susu, ais dan aiskrim gula melaka dan blend sampai hancur dan hidang.

– Letak 1 scoop aiskrim gula melaka dan syrup caremel optional dan sedia utk dihidang.

22. MILO TABUR KAW

– Susu pekat dengan air masak dan 4 sudu milo serta masukan susu segar serta kacau hingga larut.

– Tuangkan air bancuhan kedalam gelas yang bersesuaian serta masukan ais dan taburkan serbuk milo sebagai toping. Ok siap.

23. SOYA CINCAU GULA MELAKA

– Parut gula melaka dan panaskn dalam periuk kecil, campurkn air mendidih dan kacau sehingga cair.

– Hiris nipis atau potong dadu cincau. Tuang semua dalam jug dan sedia untuk dihidang.

24. MIXED BERRY SMOOTHIES

– Campur jus epal, pisang, campuran buah beri, 2 scoop aiskrim dan blend semua bahan-bahan di atas sampai sebati.

– Tuang dalam jug dan letakkan 1 scoop aiskrim diatasnya. Siap.

25. DALGONA CHOCOLATE MILKSHAKE

– Serbuk koko, gula, air, whipping cream kacau-kacau pakai mesin sampai kembang dan blend susu segar dgn ice cream.

– Blend smpai sebati dan tuang dalam jug. Tambah ais sedikit untuk bagi rasa sejuk dan letak coklat dalgona tambah 1 scoop ice cream peanut butter.

26. KOREAN BANANA MILK

– Lenyek pisang… campurkn susu dengan 1 penutup esen vanila dan 1 sudu kecil madu.

– Letakkan ais dalam jug…letak pisang lenyek tadi dan masukkn susu. Sedia untuk dihidang.

27. RIBENA LAICI

– Tuangkan ribena ke dalam jug yang berisi ais dan masukkn laici dan ais.

28. ORANGE & CARROT JUICE

– Blend 2 batang carrot, 2 biji oren, gula, masukkan air. Tapis hampas keledak dan tuang air ke dalam jug yang berisi ais.

29. MANGO FLOAT

– Blend mangga fresh campur dengan 2 scoop aiskrim vanila, 2 3 susu pekat manis dan 1 gelas air.

– Masukkan ais dalam jug dan tuangkan mangga yang siap diblend tadi dan letakkan 1scoop aiskrim vanila bersama potongan dadu buah mangga.

30. KELAPA GULA MELAKA

– Cairkan 1 keping gula melaka rebus dengan sehelai daun pandan sampai dia pekat sikit.

– Masukkan ais ke dalam cawan. Tuang sirap gula melaka dulu, barulah letak air kelapa fresh yang kosong tanpa gula.

– Kacau-kacau dan siap.

Fuh, terliur pula tengok!

Sumber: Facebook Normaisara Abdul Wahab

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×