Dapur

Fuh! Memang Lega Tekak Dapat Minum Air Vanilla Blue AisKrim. Sedapnya!

46
SHARES
VANILLA BLUE AISKRIM

“Sedapnya kalau berbuka minum vanilla blue aiskrim…”

Situasi di atas pasti pernah terjadi kan? Nak berbuka puasa kena sediakan air manis dan sejuk untuk melegakan tekak selepas 13 jam berpuasa. 

Nak beli dekat bazar Ramadan, takut cepat cair dan tak manis pula. Jadi, solusinya buat sendiri sahaja air vanilla blue aiskrim ini di rumah seperti perkongsian Puan Nordiana di laman Facebooknya.

Baca juga: Resepi 4 Jenis Air Manis Untuk Diet, Semua Bawah 200 Kalori!

SEDAPNYA VANILLA BLUE AISKRIM NI, MEMANG ‘TERANGKAT’ MINUM!

Mudah sahaja nak buat kerana hanya menggunakan beberapa bahan. Jom cuba!

Bahan-bahan: 

  • 3 cawan air masak
  • 5 sudu kecil esen vanila 
  • Setengah tin susu pekat
  • Satu tin susu sejat cair
  • 1 sudu kecil pewarna biru
  • Ais secukupnya
  • Aiskrim vanila

VANILLA BLUE AISKRIM

Cara penyediaan:

– Campurkan semua bahan di atas ke dalam jug.

– Kacau hingga sebati. Tambah susu pekat sekiranya suka manis.

– Boleh hiaskan dengan aiskrim vanila. Sedia untuk dihidangkan.

VANILLA BLUE AISKRIM

Mudah kan? Mesti anak-anak teruja dan suka dapat minum air vanila blue aiskrim ini. Selamat mencuba!

Baca juga: 30 Idea Air Sedap Untuk Berbuka Kena Cuba, Memang Lega Tekak!

Sumber: Facebook Nordiana Ab Kadil

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×