Dapur

Resepi Aiskrim Vanilla Homemade, Mudah Nak Buat & Pastinya Sedap!

74
SHARES

Perisa aiskrim vanilla semestinya menjadi kegilaan ramai terutamanya buat pencinta aiskrim. Bukan sahaja, dimakan bersama kon aiskrim malah, turut berada di samping pelbagai jenis hidangan makanan dan minuman.

Ada kalanya, mood nak makan aiskrim vanilla tu tiba-tiba datang dan tiada pula dalam peti ais. Apa kata anda buat sendiri aiskrim vanilla homemade seperti yang dikongsikan ini. Tak perlu keluar membeli lagi dah bila mengidam terus saja buka peti sejuk.

Baca juga: Resepi Dry Chilli Pan Mee, Lebih Sedap Buat Sendiri Di Rumah!

RESEPI AISKRIM VANILLA HOMEMADE, MUDAH NAK BUAT & PASTINYA SEDAP!

Gambar hiasan.

BAHAN-BAHAN:

  • 300 ml air
  • 2 sudu tepung jagung
  • 300 ml susu segar
  • 60 gram gula pasir
  • 1 sudu serbuk vanilla
  • 1 sudu ovelette

CARA PENYEDIAAN AISKRIM VANILLA

1. Mula-mula sekali, masukkan air bersama tepung jagung ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati bancuhannya. Tapi pastikan jangan buka api dapur dahulu.

2. Kemudian, buka api dan masak bancuhan sehingga menjadi jernih seperti gambar di atas.

3. Seterusnya, masukkan pula susu segar dan kacau lagi sekali sehingga sebati bancuhan tersebut.

4. Masukkan pula gula pasir bersama serbuk vanilla dan kacau dengan rata. Hati-hati jangan sampai tertumpah ke luar, rugi tau.

5. Setelah itu, pindahkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam.

6. Selepas 5 jam, keluarkan dan hancurkan aiskrim tadi ke dalam bekas pengadun.

7. Masukkan ovelette dan kacau dengan pengisar pengadun hingga sebati dan kembang.

8. Langkah terakhir, tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan selama 5 jam juga.

Dahhh siap aiskrim vanilla hasil air tangan sendiri! Boleh makan bersama kon aiskrim atau letak dalam cawan makan begitu saja. Lepasni boleh lah makan lawan dengan roti ke biskut. Nyum nyum sedapnya~ Selamat mencuba!

VIDEO PENUH:

Sumber: Tiktok Zam Aiskrim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×