Dapur

Resepi Dry Chilli Pan Mee, Lebih Sedap Buat Sendiri Di Rumah!

105
SHARES

Sedapnya kalau dapat makan Dry Chilli Pan Mee ni tiap minggu kan? Kerangupan ikan bilisnya, kepejalan mi, sos pedasnya dan lagi…bila dicampurkan kesemua bahan pastinya memikat selera!

Lagi sedap bila pedas dia tu kena dengan selera kita, sebab kadang-kadang bila makan di luar rasa pedasnya tak kena dengan tekak. Nak pula ‘budaya’ lidah kita dah terbiasa dengan masakan pedas. Betul tak?

Jadi, mari cuba buat sendiri menu Dry Chilli Pan Mee di rumah, yang dikongsikan oleh saudara Wan Luqman di laman sosialnya.

Baca juga: Resepi Kerabu Pucuk Paku Tauge Dengan Kerang…Ratah Sebesen Pun Takpe!

RESEPI DRY CHILLI PAN MEE, LEBIH SEDAP BUAT SENDIRI DI RUMAH!

RESEPI DRY CHILLI PAN MEE

Tanya orang rumah kander dia pernah makan pan mee ke tak. Dia tak pernah…sedehhh hehe. Baik, jomlah saya masak untuk awak.

Menu pan mee ni susah jugak nak jumpa. Sesetengah tempat je ada, kebanyakannya kopitiam style restaurant dan foodcourt tapi tak semua foodcourt ada penjual pan mee ni.

Ada yang sedap, ade yang biasa je. Jadi kita buat sendiri, buat sedap-sedap OK!

Walaupun banyak perkara nak kena buat, ianya senang je sebenarnya.

AYUH MULAKAN BUAT DRY CHILLI PAN MEE!

BAHAN PELENGKAP MENU:

  • Pan Mee
  • Ayam Kicap
  • Chilli in oil
  • Ikan Bilis
  • Pakchoy atau sawi

LANGKAH PENYEDIAAN SETIAP BAHAN-BAHAN DI ATAS

Jom tengok satu-satu cara nak buat dia. Selamat mencuba!

1. IKAN BILIS HANYA PERLU DIGORENG SAJA~

1st thing 1st, goreng ikan bilis dahulu.

2. PENYEDIAAN CHILLI IN OIL MENYENGAT

Dah siap ikan bilis, kita buat pulak cili dia.

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Udang kering
  • Sehiris halia

CARANYA:

Blend guna food professor.

Kemudian goreng dengan api perlahan. Jangan lupa lebihkan minyak ye. Kander tambah minyak lepas pada ni. Nak bagi mudah garing.

Perisakan dengan garam dan gula.

Dah siap. Pedas namati.

Boleh la simpan dalam bekas. Cili in oil ni boleh buat makan dengan wantan mee, mee kari Nyonya, nasi goreng ke atau ap-apa je lah. Kalau tambah asam jawa dan blend halus, dia jadi cili pes for Tomyam hehe.

3. PENYEDIAAN AYAM TIRAM CENDAWAN

Untuk oyster chicken,

BAHAN-BAHAN:

  • Isi dada ayam
  • Cendawan shitake.

Kander guna 5 ketui cendawan shitake. Baru puas hati masak sendiri letak cendawan banyak-banyak hehe.

CARANYA:

Goreng tumis isi ayam dan cendawan.

Masukkan sos tiram. Ni sos tiram ori tau bukan sos berperisa tiram. Lagi sedappp.

Kicap cair.

Kicap karamel. Sebelum korang tanya kicap karamel ni apa meh aku kabo siap-siap. Lebih kurang sama kicap pekat cuma, kicap karamel sedap lagi.

Masukkan sedikit air untuk bagi dia basah-basah sikit, kemudian perisakan dengan gula dan sedikit stok ayam.

Lepas tutup api, tuang sikit minyak bijan. Dah siap…lazaaattt. Memang sedap ayam tiram cendawan ni.

4. PENYEDIAAN PAN MEE

Pan mee kan mee dia flat leper tu. Banyak je ade jual kat pasaraya. Sepaket ni ada 6 ketul…harga RM4 lebih kalau tak silap.

Kander memang standby mee-mee segera kat rumah sebab anak teruna liat betul nak makan nasi. Kalau mee sup dia memang lajuuu makan. 

Mudah kan dia dah seketul-seketul macam ni. Senang nak allocate portion for 1 person. Rebus dulu ya.

Lepas dah rebus mee tu, bilas dengan air sejuk sebab dia akan melekat-lekat. Tapis bagi turun semua air, kemudian gaulkan dengan sedikit kicap karamel dan minyak bawang putih.

5. SENTUHAN TERAKHIR PENYADURAN MAKANAN

Lepas tu korang plating la susun cantik-cantik. Pan mee ni sesuai dihidang dalam mangkuk. Lebih berselera. Makan pulak dengan chopstick…sooo chineseeee haha.

Tabur daun bawang, serbuk lada putih dan pakchoy. Yang hitam tepi tu black fungus. I loikeeee.

Baru nampak macam makan kat kedai kannn. Buat sendiri, makan sendiri puas hati.

Cubalah buat ya…bahan-bahan pun mudah dapat dan tak mahal. Kalau ade yang tak faham, boleh je tanya. 

Tarik jangan tak tarik! Gaul-gaul semua bahan.

Sumber: Facebook Wan LuQman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×