Baca nama saja dah buat rasa lapar, belum lagi merasa sudah tentu menusuk ke hati. Ewahhh~
Mempunyai pelbagai rasa seperti pedas, masam, masin dan manis sudah pastinya membuka seribu ruang selera. Jom cuba resepi kerabu pucuk paku tauge dengan kerang!
Baca juga: Cara Mudah Tanam Serai, Bila Bertunas & Berakar Boleh Tanam Terus!
RESEPI KERABU PUCUK PAKU TAUGE DENGAN KERANG…RATAH SEBESEN PUN TAKPE!
Siapa suka makan kerabu pucuk paku tauge dengan kerang? Mehla join akak, sebesen pun meratah ok jer. Sedap!
Ooo~ Masam-masam, pedas-pedas, manis, masin, serai, lengkuas, belacan! Nak buat rasa renyah jugak kan? Tapi makan memang layan betul. Hahaha
Tengok bahan-bahan dia tu. Korang campur aduk gaul-gaul semua bagi sebati. Buatlah dengan penuh kasih sayang benci dendam semualah. Hehe gurau-gurau je. Mehla belajar buat.
RESEPI KERABU PUCUK PAKU TAUGE DENGAN KERANG
Resepinya*** untuk yang buat sikit.
BAHAN-BAHAN :
- 1 mangkuk kerang yang dh rebus, kopek ambil isi.
- [email protected] seikat pucu paku (celur dan tos).
- [email protected] genggam tauge (celur dan tos) agak-agak lah kan. Tak suka tauge lembik, nak rangup takyah celur…cuci bersih-bersih saja.
- 1 biji bawang besar dihiris-hiris nipis. Tak suka bawang takyah letak kikiki.
- 4 sudu santan pekat.
- 3 sudu besar kerisik.
- 2 sudu air limau nipis.
- Garam secukupnya. Saya pakai sos ikan. Masin tu ganti garam, sikit je tau masin gila nanti.
- Gula biasa agak-agak korang. Saya pakai gula Thai, rasa lemak-lemak manis dia lagi ummphh. Hehe..biasa orang Thai guna gula ni buat Somtham.
BAHAN-BAHAN DIKISAR:
Bahan blender..bahan wajib ya dalam kerabu. Bagi sayalah.
- 3 batang serai
- ½ inci lengkuas
- Cili api 5 bji – 8 bji. Ikut pedas korang ya, nak pedas bubuh banyak cili.
- Belacan. Saya suka belacan banyak. Sebesar ibu jari pun ok dah.
***** Blender air sikit je ya. Bagi boleh blender tu pusing je hehe. Sebab takmau jadi berair kerabu nanti. Kalau rajin 4 bahan tu tumbuklah bagi lumat-lumat, lagi best!
CARA BANCUH KERABU!
1. Mula tuang bahan blender dalam besen.
2. Selapas itu masukkan kerisik, bawang besar, air limau nipis, santan, garam, gula.
3. Gaul bagi sebati. Nak tambah perasa pak aji pun ikut suka.
4. Masukkan isi kerang, pucuk paku dan tauge.
5. Gaul lagi rasa bagi sedap kat tekak ya.
6. Tambah apa yang rasa tak cukup. Yang penting gabungan rasa pedas, masam, masin, manis, lemak santan dan kerisik serai lengkuas bersatu dan berpauk dengan mesra.
Yummy sangat! Kerabu stail utara, meratah saja pun boleh habis sebesen.
Dah buat taq saya ya, nak buat kenangan. Jom belajar buat ya. Basah-basah macam ni berlemak santan, semua perasa cukup nikmat sangat! Tak faham yang mana inbox saya tanya. Thank you sangat-sangat semua kawan-kawan di sini.