Dapur

Jom Cuba 5 Jenis Resipi Kerabu Yang Sesuai Dimakan Begitu Sahaja, Sedap!

123
SHARES

“Bosannya nak makan lauk yang sama setiap hari…”

Kalau anda bosan dan tak tahu nak pilih menu untuk makanan tengahari atau malam, apa kata anda cuba pula menu kerabu. Banyak sebenarnya cara untuk kita pelbagaikan kerabu mengikut kegemaran kita sendiri! Oleh itu, kami senaraikan 5 jenis resipi kerabu untuk anda yang nak ubah selera dan juga mahu mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.

1. KERABU IKAN KEMBUNG

http://myresipi.com/

Salah satu cara untuk mempelbagaikan masakan kerabu anda adalah dengan menggunakan ikan. Bukan sahaja ikan kembung tapi anda juga boleh pilih saja nak guna jenis ikan mengikut kegemaran. Bagi resipi kerabu ikan kembung ini, amat sesuai dimakan ketika makan tengahari bersama nasi panas. Memang boleh tambah nasi banyak kali lah!

Resipi Kerabu Ikan Kembung: http://myresipi.com/recipes/kerabu-ikan-kembung 

2. KERABU SUUN DAN SOTONG

http://myresipi.com/

Kerabu suun dan sotong ini memang sudah dikenali dan digemari ramai. Rasanya yang pedas dan masam akan memikat selera sesiap sahaja. Namun, kerabu suun dan sotong ni agak susah nak ‘menjadi’ kalau teknik atau bahan-bahan tu tak cukup kerana khuatir bau hanyir sotong tu akan memotong selera anda. Oleh itu, kena cuba resipi yang tertera ini.

Resipi Kerabu Suun & Sotong: http://myresipi.com/recipes/kerabu-suun-sotong

3.  KERABU BUNGA KANTAN WANGI

http://myresipi.com/

Bunga kantan ni kalau digunakan dalam apa sahaja jenis masakan pun akan menciptakan rasa yang enak dan menjadikan makan wangi! Bukan sahaja diletakkan dalam kuah laksa sahaja, bunga kantan ni pun boleh dibuat kerabu tau! Bukan sahaja sedap malah kerabu bunga kantan ini mesti akan memikat selera anda yang merupakan penggemar kerabu tu.

Resipi Kerabu Bunga Kantan : http://myresipi.com/recipes/kerabu-bunga-kantan-wangi

4. KERABU PUCUK UBI

http://myresipi.com/

Ha! Buat anda yang suka makan ulam-ulaman tu boleh cuba buat kerabu pucuk ubi untuk dijadikan santapan makanan tengahari atau malam. Bukan itu sahaja, kerabu pucuk ubi ini juga sangat sesuai untuk anda yang nak berdiet makan sayur tu. Boleh juga pelbagaikan kerabu ini dengan letakkan sedikit ayam atau udang juga!

Resipi Kerabu Pucuk Ubi : http://myresipi.com/recipes/kerabu-pucuk-ubi

5. KERABU DAGING

http://myresipi.com/

Kerabu daging juga akan membuatkan sesiapa sahaja berselera untuk makan kan? Menggabungkan rasa pedas dan masam, kerabu ini juga sangat sesuai untuk dijadikan santapan bila-bila masa sahaja! Namun, ada caranya kalau anda mahukan daging lembu itu menjadi lembut dan mudah untuk dijadikan kerabu. Kena ikut resipi ini ya!

Resipi Kerabu Daging: http://myresipi.com/recipes/kerabu-daging-b2f48b48-036f-4a9a-9b48-4af69b9d7fce

* Membangkitkan selera betul bila tengok 5 resipi kerabu di atas ini. Apa tunggu lagi, jom kita cuba salah satu jenis kerabu untuk menu kita hari ini!

Sumber : MyResipi.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×