Dapur

Cara Mudah Tanam Serai, Bila Bertunas & Berakar Boleh Tanam Terus!

9
SHARES

Serai diketahui memiliki banyak khasiat yang digunakan sebagai petua dalam menyelesaikan masalah kesihatan. Selain itu, serai juga adalah bahan masakan yang menghasilkan aroma yang wangi memikat hati.

Kalau suka tumbuhan serai ini, apa kata belajar cara menanamnya. Sangat mudah ya tidak perlu keluar pergi membeli hanya cabut di belakang rumah saja.

Baca juga: 5 Cara Berkesan Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian & Fabrik!

CARA MUDAH TANAM SERAI, BILA BERTUNAS & BERAKAR BOLEH TANAM TERUS!

Serai antara tanaman yang paling mudah untuk ditanam & mudah penjagaannya.

Ada 2 kaedah yang lazimnya digunakan untuk menanam serai.

  • Pertama menggunakan kaedah tanam terus serai yang sudah berakar.
  • Kedua melalui kaedah pangkal serai yang dipotong serong. Kemudian direndam di dalam air sehingga berakar dan bertunas barulah ditanam.

IKUTI CARA DI BAWAH:

1. SEDIAKAN BEBERAPA BATANG SERAI

Boleh potong dalam ukuran sejengkal atau ukuran pendek lebih kurang seinci.

Potong serong serai tersebut supaya mudah bertunas.

Serai yang sudah berakar dan bertunas.

2. RENDAM SERAI DALAM AIR BEBERAPA HARI

Serai yang telah dipotong hendaklah direndam di dalam air selama beberapa hari untuk mengeluarkan akar dan tunas.

Topsoil + Cocopeat + Pasir

3. SEDIAKAN MEDIA TANAMAN

Sediakan media tanaman iaitu topsoil + cocopeat + pasir.

Jika tiada topsoil boleh guna tanah organik @ tanah 6 in 1.

4. TANAM SERAI DALAM BENTUK MENYERONG

Tanam serai dalam bentuk menyerong bukan menegak supaya cepat mengeluarkan tunas tunas yang baru.

Tanam di tempat yang panas supaya pokok serai cepat membesar.

Siram dua kali sehari.

Baja yang sesuai untuk serai ialah tinja ayam dan tinja kambing proses. Mol roti juga sangat sesuai. Nanti gemuk-gemuk serainya.

5. SERAI AKAN TUMBUH DALAM TEMPOH 3-6 BULAN

Serai ambil masa selama 3-6 bulan untuk membentuk rumpun yang cantik.

Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Liyana Mohd Poad via Berkebun D Rumah 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×