DIY & Kraf

Cara Tanam Serai Paling Simple, 3 Hari Dah Keluar Tunas

90
SHARES

Pasti ramai dalam kalangan kita yang memilih untuk menaman serai di rumah. Pelbagai cara diguna dan hasil juga berbeza-beza mengikut cara tanaman. Bagi anda yang inginkan pokok serai banyak tunas dan merimbun lebat, apa kata cuba cara yang dikongsi oleh Muhammad Fertigasi Masa Kini. Hanya ditanam di dalam polibeg tetapi dalam masa 3 hari sahaja tunas sudah mula lebat. Wow, jom cuba!

Baca juga: Tips Jaga Pokok Kantan Supaya Berbunga Subur, Wajib Tabur Ni!

CARA TANAM SERAI PALING SIMPLE, 3 HARI DAH KELUAR TUNAS

Ok hari ini saya nak share cara tanam serai bagi bnyak tumbuh tunas-tunas dengan cepat. Biasanya ramai yang tanam terus dengan batang-batangnya kan? Itupun boleh, bukan tak boleh cuma anak-anak tunas agak lambat akan keluar.

Ok Jom kita belajar cara mudah ini. Bahan-bahan yang perlu ada:

  • Benih Serai (beli di pasar) bagi yang tiada pokok serai.
  • Pisau.
  • Polibag@Pasu.
  • Media Cocopeat@Tanah

– Langkah pertama ambil benih serai yang kita beli dipasar tu dan kita potong 1 inci dari ruas akar. Kan serai belah bawah ada ruas perasan tak? Start dari situ keatas ukur dalam 1 inci jer agak-agak sahaja dengan jari macam dalam gambar.

– Selepas itu, sediakan cocopeat atau tanah dalam polibag atau pasu dan terus semai letakkan benih serai yang kita potong tadi benamkan separuh dari keratan.

– Kemudian siram bagi lenjun untuk permulaan sahaja hari berikutnya siram seperti biasa pagi petang. Siram hari-hari InsyaAllah.

– Dalam 2 atau 3 hari kita dah nampak sinar keluar tunas dah dan anda akan teruja dan gembira sangat-sangat. Selepas itu terpulang pada anda nak alih dalam pasu besar ataupun biarkan sahaja dalam polibag.

Cara ini akan percepatkan lagi proses pertumbuhan tunas serai yang banyak dan bila besar serai anda akan merimbun sebab bnyak tunas.

Perlu dingat serai jika tanam dalam pasu atau polibag anda kena selalu ambil serai tu kalau tak dia kurang membesar dan merimbun. Semoga bermanfaat semua.

Sumber: Facebook Muhammad Fertigasi Masa Kini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×