DIY & Kraf

Tips Jaga Pokok Kantan Supaya Berbunga Subur, Wajib Tabur Ni!

114
SHARES

Bunga kantan merupakan bahan yang utama untuk memasak laksa. Kalau tak ada bunga kantan, kurang rasa kick kuah laksa tu nanti. Kalau anda biasa beli bunga kantan di luar pasti tahu harganya agak mahal.

Jadi, apa kata kita cuba tanam sendiri sahaja di rumah. Senang sikit kalau nak masak apa-apa ambil sahaja di belakang rumah. Jika anda mahu mencuba untuk menaman pokok bunga kantan, boleh cuba tips daripada pengguna Facebook dikenali sebagai Ibrisam Wossali.

Baca juga: Cara Buat Baja Kulit Telur, Jimat Duit & Kuatkan Akar Tanaman!

TIPS JAGA POKOK KANTAN SUPAYA BERBUNGA SUBUR

Pokok kantan saya ni memang rajin berbunga. Tak pernah putus berbunga. Seawal umurnya hampir setahun lepas tanam dah belajar berbunga. Saya dapat tunjuk ajar dan petua menanam pokok kantan ni dari seorang rakan berkebun.

– Mengikut pengalamannya nak tanam pokok kantan kena kawasan 100% kena cahaya matahari.

– Sediakan lubang tanaman dengan tanah campuran baja organik. Biarkan seminggu lebih.

– Selepas seminggu lebih dah boleh tanam rizom kantan ataupun anak pokok kantan yang dah ditanam dalam polybeg terlebih dahulu.

– Selepas tanam, buat sungkupan di sekeliling perdu pokok. Bertujuan mengekalkan kelembapan tanah. Siram dua kali sehari.

– Bila pokok dah besar sikit beri baja NPK hijau ataupun baja kopi. Masa ni kena selalu tabur serbuk kulit telur. Serbuk kulit telur ni menjadi baja kepada pokok kantan.

Alhamdulillah saya ikut caranya seperti yang diajar. Setelah hampir setahun pokok kantan saya berbunga buat pertama kalinya. Dan sampai sekarang dah hampir 3 tahun pokok kantan saya tak pernah putus berbunga. Itulah rahsianya saya selalu tabur serbuk kulit telur dan beri baja NPK biru.

Sumber: Facebook Ibrisam Wossali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×