DIY & Kraf

Abang Ini Kongsi 10 Tips Tanam Serai Supaya Tumbuh Gemuk-Gemuk Sampai Boleh Jual Hasil!

30
SHARES
cara tanam serai

Ramai orang mengatakan bahawa menanam pokok serai boleh mengundang haiwan-haiwan berbisa seperti ular untuk masuk ke dalam rumah. Lantas, sebab inilah ramai yang memilih untuk membeli sahaja serai di kedai kerana takut. Namun, sebenarnya ada cara tanam serai yang betul anda boleh ikut supaya bukan sahaja hasil tanaman menjadi dengan elok, malah ular pun tidak akan datang!

Berikut merupakan perkongsian 10 tips penanaman pokok serai yang sangat berguna buat anda yang suka bercucuk tanam. Bila dah ada pokok serai di rumah sendiri memang senang nak guna untuk masak.

Baca juga: DIY Baja Guna 3 Bahan Ini Kalau Nak Pokok Depan Rumah Berbunga Dengan Meriah & Gemuk!

CARA TANAM SERAI SUPAYA GEMUK-GEMUK!

Hari ni saya cabut rumpun serai terakhir yang ada di rumah saya. Lepas siap bersihkan semua, saya hantarkan dekat akak kedai tomyam lepas tu bagitau dia lagi 5-6 bulan baru ada balik serai ni.

Dekat dalam gambar ini, yang dah siap bersih tu saya hantar dekat dia, yang masih ada akar sikit-sikit tu saya rendam dalam air untuk saya tanam semula lepas ni. Jom saya nak cerita sikit cara saya tanam serai.

cara tanam serai

1. Untuk benih serai ni saya akan pilih serai yang paling gemuk dan padat bahagian bawah dia tu.

2. Bila dah ditanam, dia akan keluarkan daun baru dan bahagian itu akan mengurus sehinggalah pokok dah cukup matang daun & akarnya. Lepas tu dia akan gemuk balik dan keluarkan anak-anak di sekeliling.

3. Kalau kita tanam yang kurus-kurus, belum sempat daun baru nak matang – dia dah ‘kiok’ dah sebab tak cukup energy reserve untuk digunakan semasa pembesaran.

4. Selalunya saya akan letak 2-3 batang serai dalam satu lubang.

5. Ada yang advice masa tanam tu kena condongkan batang dia so anak-anak serai nanti akan lebih banyak. Tapi saya selalu tanam tegak saja. Mana-mana pun boleh rasanya.

6. Pada peringkat awal, kita kena siram dengan kerap sebab masa ni akar serai tu belum fully developed. Lepas sebulan lebih, dah boleh biar dia. Siram bila cuaca terlalu kering saja.

7. Saya ada terbaca dalam group penanam serai, untuk pembajaan perlu letak baja NPK hijau secara berkala. Sebaiknya elakkan pakai baja tahi ayam untuk elakkan serai kena penyakit kulat.

8. Bila serai dah merimbun, biarkan saja. Tak perlu trim daun dia. Bila kita trim, pokok akan terpaksa keluarkan daun baru so batang dia akan jadi kurus.

9. Untuk yang tanam kat rumah untuk kegunaan sendiri, mungkin boleh saja nak trim bagi nampak kemas. Tapi untuk yang tanam untuk jual macam saya ni, tak boleh lah nak trim sebab saya nak batang dia tu gemuk-gemuk, berat dan padu.

10. Ramai orang takut nak tanam serai sebab katanya ular selalu sembunyi dalam rumpun tu. Untuk yang duduk kat kawasan yang dekat dengan hutan & memang ada ular kat area situ – kena lah berhati-hati. Tapi kalau duduk tengah bandar, duduk kat apartment – tanam ajaaa..takde lah ular tu nak muncul tiba-tiba sebab awak tanam serai.

cara tanam serai

*Ok. Itu saja. Semoga bermanfaat.

Baca juga: Cara Paling Mudah Hilangkan Kesan Kuning Pada Kasut, Hanya Guna Tisu Dapur!

Sumber: Tariq Syahman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×