DIY & Kraf

Campur 2 Bahan Ini Untuk Halau Kucing Liar, Babi Hutan Masuk & Berak Di Kawasan Rumah

62
SHARES
petua halau kucing

“Setiap hari ada je kucing berak dekat depan rumah ni, penat nak buang! Apa petua halau kucing liar ni eh?”

Untuk penduduk kediaman taman perumahan atau di kampung, pasti pernah mengalami situasi kucing liar sering berkunjung ke kawasan rumah dan meninggalkan ‘sisa’ mereka. Maka, satu kawasan rumah habis berbau najis dan ini menjadi rutin kita setiap hari untuk membuang najis mereka. Penat!

Ada salah satu solusi yang dikongsikan oleh Norfaizah Aziz di laman Facebooknya mengenai petua untuk menghalau binatang ini menjejakkan kaki ke kawasan rumah dan binatang buas lain. Menarik!

Baca juga: DIY Pewangi Anti-Kulat Almari Hanya Guna 3 Bahan Rumah, Kulat Hilang & Baju Pun Harum!

PETUA HALAU KUCING LIAR BERAK MERATA-RATA DI RUMAH

petua halau kucing

Bahan-bahan:

-Belacan

-Ubat gegat

-Botol kosong

Caranya:

1.Hancurkan mereka berdua ini iaitu belacan dan ubat gegat.

2.Gaul dengan sebati dan masukkan dalam botol.

3.Buat sedikit lubang pada botol supaya baunya keluar.

petua halau kucing

Ini merupakan resepi yang ayah saya bagi untuk elakkan babi. Sebab baunya macam kencing harimau. Saya tak tau kencing harimau macam mana baunya sebab ayah saya letak di kebunnya.

Ikut teori saya, kalau babi boleh takut kencing rimau, mesti kucing pun takut. Malam tadi bereksperimen, buat masa ini kucing belum berak lagi pokok saya dan kawasan berdekatan botol yang saya letak. Esok nak tinjau lagi hasil eksperimen.

Sebelum ni ayah saya guna minyak kibas utk elak kerbau rosakkan pagar dan tanaman. Sebab yang sama, bau harimau. Tapi minyak kibas susah nak dapat. Cubalah buat, tengok teori orang kampung berkesan atau tidak.

Baca juga:DIY Pewangi Rumah Hanya Guna 3 Bahan Dapur, Orang Puji Harum Macam Di Lobi Hotel!

Sumber: Norfaizah Aziz via Pertanian Satu Perniagaan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×