Persekitaran rumah yang lembap dan tahap kebersihan sering tidak menentu menyebabkan banyak haiwan perosak suka datang ‘menumpang’. Bukan sahaja haiwan perosak biasa, kadang-kadang ular pun boleh ada. Jadi, apa caranya anda boleh buat untuk halau tikus, ular, cicak dan lain-lain?
Mungkin ada yang sudah cuba racun yang dibeli di kedai namun tak menjadi. Jadi, apa kata anda cuba pula kaedah yang dikongsikan dengan menggunakan garam serta minyak kasturi. Bukan haiwan saja lari, hantu pun boleh lari!
Baca juga: Cara Dapatkan Geran Kenderaan Yang Hilang Atau Rosak Guna Mesin JPJ, Tak Payah Ke Kaunter!
HALAU TIKUS, ULAR DAN CICAK GUNA CAMPURAN GARAM MACAM INI
Tujuan asal buat ini untuk halau ular. Tapi tak sangka pulak boleh pula menghalau tikus. Saya perasan cicak pun jarang nampak batang hidung. Jadi saya sangat sarankan dekat anda semua yang nak menghalau binatang ini dekat rumah..
Bahan campuran:
– Garam kasar
– Minyak kasturi
– Kulit kayu manis (ditumbuk)
– Cengkih (Sedikit sahaja, kalau tak ada pun tak apa)
Cara:
1.Gaul semua bahan ini sehingga rata dan baunya memang semerbak wangi! Boleh bacalah selawat, zikir dan niat semasa menggaulkan garam beserta bahan-bahan tersebut.
2.Letakkan sikit dekat semua penjuru rumah, dapur, tingkap atau mana-mana laluan haiwan-haiwan ini.
Selamat mencuba kerana ramai sudah mengakui keberkesanannya. Cuma, jangan ingat orang tengah buat amalan sihir pula ya bila nampak tengah tabur garam di sekitar rumah..
Baca juga: Disebabkan Ramai Malas, Pendapatan Servis Lipat Baju Boleh Cecah RM7,000 Sebulan!
Sumber: Media Terkini