Deko & Hias

Rahsia Rumah Bau Harum Semerbak Macam Hotel Guna Limau Nipis, Jiran Pun Tegur!

32
SHARES
cara buat pewangi rumah

“Wah! Macam mana cara buat pewangi rumah harum semerbak macam rumah awak ni? Bau mewah!”

Mempunyai kediaman yang wangi seperti berada di rumah spa atau hotel menjadi idaman ramai. Namun, akibat mempunyai barangan lama yang jarang dicuci, sampah masakan dan haiwan peliharaan menjadikan rumah cepat berbau walaupun sudah letak pewangi.

Baca juga: Tips Nyahkan Bau Kucing Dalam Rumah Guna Rendaman Kulit Kayu Manis

CARA BUAT PEWANGI RUMAH, WANGI SAMPAI RUMAH JIRAN

Jangan risau, ada satu teknik menggunakan buah limau nipis dan beberapa bahan lain untuk mengharumkan kediaman anda. Yang penting, tahan lama!

cara buat pewangi rumah

Bahan-bahan:

-Buah limau nipis 3 biji atau berapa banyak anda nak
-Garam kasar
-Cecair hand sanitizer yang ada alkohol
-Softener baju, pewangi cucian baju
-Bunga cengkih

Cara-caranya:

1.Pertama sekali, potong bahagian atas buah limau nipis secara bersilang X. Tapi, hiris jangan sampai terpotong habis. Ulang langkah yang sama untuk buah limau yang lain.

2.Kemudian, letakkan setengah sudu garam kasar di bahagian tengah buah limau yang dihiris tersebut.

3.Langkah seterusnya, letakkan pula satu sudu cecair hand sanitizer yang mempunyai kandungan alkohol. Biar tenggelamkan sedikit garam.

4.Seterusnya, tuang pula pewangi cucian baju yang pekat. Ikut kepada wangian anda suka yang mana, boleh guna.

5.Akhir sekali, letak beberapa bunga cengkih di atas buah limau. Mesti wangi!

cara buat pewangi rumah

*Anda boleh letakkan buah limau yang telah diletakkan pewangi ini di beberapa kawasan sudut dalam rumah seperti, almari baju, tandas, dapur dan ruang tamu. Harum semerbak!

Baca juga: Cara Cuci Tilam Paling Senang Abad Ini, Hanya Gosok-Gosok Tak Payah Angkat & Jemur!

Sumber: Recipes Learn

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×