DIY & Kraf

Baca Doa Tanam Pokok, InsyaAllah Pokok Cepat Berbuah & Terus Hidup Subur!

41
SHARES
doa tanam pokok

Ada dalam kalangan kita yang mempunyai ‘tangan ajaib’ apabila bercucuk tanam di mana setiap tanaman akan membuahkan hasil. Namun, bagi anda yang tidak bernasib baik setiap kali bercucuk tanam, ada satu doa tanam pokok yang boleh diamalkan.

Doa ini sangat ringkas untuk dihafal serta sering diamalkan bagi mereka yang melakukan penanaman dalam skala besar untuk berniaga dan juga orang kampung. Ternyata, setiap kalimah yang dilafazkan dengan niat kerana Allah, hasil setiap tanaman sangat memberangsangkan!

Baca juga: Tips Untuk Pokok Daun Kari Tumbuh Merimbun Guna Beras, Daun Pun Hijau Gemuk-Gemuk!

DOA TANAM POKOK, SUBUR!

doa tanam pokok

Jika pokok lambat berbuah, tak berbuah langsung dan yang lebih malang ada juga yang sudah padam, jangan salahkan siapa-siapa, kita tu yang tak baca doa semasa tanam pokok. Ini doa bagi yang tak tahu, yang dah tahu kita geng!

Selawat 3 kali
-Bismilahhirohmanirohimm.
– ‘Subhaanalwaarisu al baa isu’..

Ertinya: Maha suci Allah yang maha mewariskan dan maha membangkitkan.

Doa ringkas ini boleh dibacakan ketika anda sedang menanam pokok, menyiram pokok atau ketika hanya memantau keadaan pokok sambil membelek-belek. Kata orang tua, kita memang digalakkan untuk bersembang-sembang dengan pokok supaya tumbuh dengan subur.

doa tanam pokok

*Semoga tanaman anda hidup subur dan bakal mendatangkan hasil yang lumayan serta boleh dijadikan sumber makanan!

Baca juga: Petua Tanam Pokok Cili Di Rumah Sampai Cili Berbuah Lebat, Petik Macam Tu Je!

Sumber: Miezo Drjeruk

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×