Nur

Sengaja Petik Bunga Atau Pokok Tepi Jalan & Tanam Di Rumah, Apa Hukumnya?

8
SHARES
pokok bunga

Perbuatan memetik pokok bunga atau apa-apa sahaja jenis tumbuhan yang bukan berada dalam laman rumah milik kita sering dilakukan oleh masyarakat. Tambah pula kalau tumbuhan tersebut ada spesis yang unik dan cantik, tumbuh secara liar dan tidak mempunyai tuan, kita akan memetiknya begitu sahaja untuk dijadikan baka.

Tertanya juga, adakah perbuatan ini sebenarnya tidak dibenarkan dalam Islam? Adakah kita perlu meminta izin kepada pihak tertentu walaupun tidak tahu siapakah tuannya? Berikut merupakan penjelasan Mufti Pulau Pinang.

Baca juga: Tips Untuk Pokok Daun Kari Tumbuh Merimbun Guna Beras, Daun Pun Hijau Gemuk-Gemuk!

HUKUM PETIK/KERAT POKOK BUNGA & TUMBUHAN TEPI JALAN

pokok bunga

Memang ada dalam kalangan kita yang bertujuan untuk mendapatkan benih atau baka pokok yang tidak ditanam di dalam kawasan rumah untuk tujuan perubatan juga. Malah, ada pokok yang mahal dan susah dijumpai tidak dijaga dengan elok dan orang yang lalu lalang akan memetik tanpa kebenaran kerana tidak tahu siapa tuannya.

Jadi, apakah hukum mengerat sedikit ranting dan tunas, atau mengambil anak pokok yang tumbuh dari pokok bunga yang banyak yang hidup di tepi jalan raya atau di taman untuk ditanam di rumah sendiri?

Menurut penjelasan dari Mufti Pulau Pinang, hukum asal adalah haram untuk mengambil atau mengerat walaupun sedikit ranting atau tunas pada pokok di tepi jalan atau taman kerana ia adalah milik orang lain kecuali dengan izinnya. Perkara ini termasuk dalam kategori mengambil atau memakan harta orang lain secara batil (salah) yang telah diharamkan oleh Allah SWT seperti dalam firmannya:

وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan salah.”- (Surah al-Baqarah: 188)

Namun syarak mengiktiraf adat dan budaya baik setempat. Jika adat dan budaya sesuatu tempat masyarakat yang hidup berjiran saling membenar dan menghalalkan sesama mereka, maka ia adalah dibenarkan mengambil dan memakannya dengan tidak berlebih-lebihan sekadar untuk keperluan dirinya sahaja.

Akan tetapi berasaskan kepada sifat wara’, adalah baik tidak mengambil dan memakannya kecuali telah diketahui secara pasti bahawa jiran atau tuan tanah tersebut sememangnya seorang yang baik hati atau terus sahaja meminta izin daripadanya atau orang yang menguruskannya. Hal ini juga termasuk tanah milik kerajaan atau kawasan rizab yang telah ditentukan, maka sebaiknya hendaklah mendapat keizinan terlebih dahulu. Demikianlah adab-adab yang dititik beratkan dalam Islam. Moga kita dapat mempraktikkannya, insya Allah.

pokok bunga

*Kalau jejaka nak petik ‘bunga’ yang ada dalam rumah jiran tidak mengapa jika masih solo…

Baca juga: Petua Tanam Pokok Cili Di Rumah Sampai Cili Berbuah Lebat, Petik Macam Tu Je!

Sumber: eKemusykilan Pulau Pinang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×