DIY & Kraf

Cara Mudah Cuci Habuk Kipas Tanpa Perlu Buka Jaring & Lap Bilah Satu Persatu

13
SHARES
kipas angin sejuk

Ketika berhadapan dengan musim panas di Malaysia sekarang ini, memastikan kipas angin sejuk di rumah adalah sangat penting supaya kita lebih selesa. Tapi, kalau habuk dah penuh melekat di bilah kipas, macam mana kipas nak keluarkan angin yang kuat kan?

Jadi, ada satu perkongsian teknik membersihkan kipas angin dengan mudah dan anda tak perlu buka jaring serta mengelap bilah kipas satu persatu. Jom kita tengok apakah caranya supaya anda boleh terus buat di rumah dan dapat angin sejuk!

Baca juga: Cara Halau Lipas Dalam Kabinet Dapur Guna 4 Jenis Rempah, Menjadi!

KIPAS ANGIN SEJUK BILA CUCI GUNA CARA INI

kipas angin sejuk

1. Sediakan empat bahan ini:

-Setengah gelas cuka
-Setengah gelas air
-2 sudu pencuci pinggan (Sunlight)
-3 sudu baking soda

kipas angin sejuk

2. Bancuh semua bahan dengan air dan masukkan dalam botol penyembur.

3. Kemudian sembur pada jaring dan bilah kipas yang berhabuk, pastikan terkena pada semua bahagian jaring dan bilah.

4. Ambil plastik, bungkus kepala kipas dan ikat.

5. Pasang kipas dan tekan pada kelajuan maksimum dan biarkan ia berputar dalam 5 minit.

6. Selepas 5 minit buka plastik dan kita akan dapati jaring dan bilah dah bersih. Habuk tebal yang melekat akan tanggal dan jatuh dalam plastik.

*Kalau malas nak campur bahan-bahan di atas, tuang pencuci pinggan seperti Sunlight pun sudah memadai untuk hilangkan kotoran di kipas. Selamat mencuba!

@jang.yaya Cara mudah membersihkan kipas angin yang kotor #diy #pyf #viral #kreatif #kerajinan5menit #kipasangin ♬ nenekku pahlawanku by Zenpreset – Zen5EMBE

Baca juga: Cara Cuci Tilam Paling Senang Abad Ini, Hanya Gosok-Gosok Tak Payah Angkat & Jemur!

Sumber: Tiktok @jang.yaya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×