DIY & Kraf

Cara Halau Lipas Dalam Kabinet Dapur Guna 4 Jenis Rempah, Menjadi!

56
SHARES
perangkap lipas

Setiap kali masuk ke kawasan dapur walaupun sudah dibersihkan, pasti akan ada satu jenis bau yang kurang menyenangkan dari dalam kabinet dapur. Inilah bau yang datang dari serangga yang paling tidak disukai ramai iaitu lipas! Bagi mengelakkan situasi ini berlaku dan anda perlu membersihkan kabinet dapur berkali-kali, apa kata buat perangkap lipas hanya guna 4 jenis bahan rempah.

Sangat mudah dan berkesan, perkongsian dari Ummi As ini akan menyelamatkan hari anda dari bertemu dan bergaduh dengan si lipas!

Baca juga: Cara Cuci Mesin Pengisar Yang Dah Kuning & Berkerak Guna Beras, Automatik Baharu!

DIY PERANGKAP LIPAS DALAM KABINET DAPUR GUNA 4 REMPAH

perangkap lipas

Bahan-bahan:

-Kulit kayu manis
-Bunga lawang
-Buah pelaga
-Bunga cengkih
-Kain net kecil

Caranya:

1. Ambil rempah empat sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Kalau boleh, lebihkan bunga cengkih dan buah pelaga.

2. Masukkan dalam kain net kecil dan ikat bunjut. Buat 3-4 bunjut rempah ini dan letak di dalam kabinet dapur. Boleh tambah rempah jika baunya sudah hilang.

3. Sebelum masukkan bunjut rempah ini sebaiknya bersih dan lap dulu kabinet. Tidak kisah pencuci jenis apa yang anda gunakan.

Menurut Ummi, setakat tiga bulan mempraktikkan cara ini, kehadiran lipas dan najis lipas memang tiada. Nampaknya,
menggunakan empat jenis rempah ini untuk menjadikan dapur anda bebas dari lipas secara semula jadi dan selamat ternyata berkesan! Amalan ini membantu mengelakkan penggunaan bahan kimia berbahaya, sambil mengekalkan dapur yang bersih dan nyaman.

perangkap lipas

*Selamat mencuba dan nikmati dapur yang bersih dan selesa tanpa lipas!

Baca juga: DIY Racun Nyamuk, Lalat & Pepijat Guna Bahan Dapur, Lepas 5 Minit Dah Penuh Dalam Bekas!

Sumber: Ummi As

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×