DIY & Kraf

Cara Cuci Mesin Pengisar Yang Dah Kuning & Berkerak Guna Beras, Automatik Baharu!

2
SHARES
mesin pengisar

“Teruknya mesin pengisar bahan masak aku ni, dah berkeladak dan kuning dah. Nak beli baru tapi sayang boleh guna lagi..”

Sudah pasti ramai dalam kalangan anda yang mempunyai mesin pengisar atau ‘blender’ bahan-bahan masak di rumah yang sudah bertukar menjadi kekuningan. Memang ini menandakan bahawa anda rajin masak tapi, tak cantik pula bila ada orang datang dan tengok mesin pengisar tersebut seperti sudah berusia 100 tahun! Jadi, macam mana nak buat?

Baca juga: Senang Sangat Nak DIY Tisu Basah Untuk Lap Dapur & Bersihkan Rumah, Jimat Belanja!

PETUA CUCI MESIN PENGISAR CILI YANG DAH KUNING JADI BAHARU

mesin pengisar

Memang ramai yang memilih untuk tidak membeli mesin pengisar yang baharu kerana mesin ini masih elok untuk digunakan. Malah, ada yang baru sahaja beli dan guna sekali pun sudah bertukar menjadi kekuningan. Oleh itu, berikut merupakan perkongsian petua dari saudara Norhasbul bin Md Nor tentang cara untuk putihkan kembali mesin pengisar tersebut.

Bahan-bahan:

-Beras satu genggam
-Limau nipis – 2 biji
-Sedikit garam
-Air sedikit

Caranya:

1.Campurkan kesemua bahan ini di dalam pengisar/blender.

2.Kemudian kisarkan bahan-bahan tersebut sehingga hancur.

3.Menariknya, selepas kisaran pertama dah boleh nampak perbezaan sebelum dan selepas mesin pengisar tersebut.

4.Selain dari petua menggunakan bahan-bahan di atas, ada juga cara lain bagi menghilangkan kesan kuning dan bau dalam pengisar dengan menggunakan garam, sabun pencuci pinggan seperti Sunlight dan cuka.

mesin pengisar

*Tak perlu lagi beli mesin pengisar yang baharu kan? Pengisar yang lama dan nampak seperti baru beli!

Baca juga: 12 Cara Sejukkan Rumah Yang Panas ‘Membakar’ Kaedah Semulajadi, Automatik Berangin!

Sumber: Norhasbul bin Md Nor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×