Dapur

Ini Adalah Beras TERBAIK & TERMAHAL Di Dunia, Sekali Pandang Butirannya Umpama Berlian Kecil!

6
SHARES
jenis beras

Beras ataupun nasi merupakan makanan ruji bagi rakyat Malaysia dan juga kebanyakan negara Asia seperti Jepun. Dijadikan sebagai makanan utama kerana mengenyangkan, terdapat pelbagai jenis beras yang mempunyai harga dari paling murah sehingga mencecah ratusan ringgit! Beras apakah yang begitu mahal itu?

Terbaharu, satu penemuan menunjukkan bahawa ada satu jenis beras eksklusif dipilih daripada lima jenis beras terbaik Jepun yang telah memenangi pelbagai anugerah. Beras itu dihasilkan oleh Toyo Rice Corporation dari Jepun. Wah!

Baca juga: Akhirnya Jumpa ‘Rahsia’ Arwah Mak Masak Nasi Lemak Susah Basi & Sambal ‘Kick’, Sedapnya!

JENIS BERAS PALING MAHAL DAN TERBAIK DI DUNIA, MACAM BERLIAN KECIL!

jenis beras

Menurut Oddity Central, butir-butir beras ini menjalani proses penuaan rasa selama enam bulan menggunakan teknologi khas penggilapan beras yang dicipta lebih 17 tahun lalu. Hasilnya, Kinmemai Premium bukan sahaja lebih berkhasiat berbanding beras biasa, tetapi juga mempunyai rasa lemak dan beraroma kacang.

Malah, bentuk butir beras yang menyerupai berlian kecil ini adalah hasil teknologi penggilapan unik yang hanya membuang lapisan lilin yang tidak boleh dimakan. Selain itu, beras ini dikatakan mengandungi khasiat yang tiada tandingan, termasuk enam kali lebih banyak lipopolisakarida (LPS).

Apakah itu LPS? LPS adalah sejenis bahan yang mampu meningkatkan sistem imun semula jadi dan membantu mengekalkan kesihatan serta melawan penyakit berbanding beras putih biasa. Ia juga mempunyai 1.8 kali lebih serat dan tujuh kali lebih banyak Vitamin B1. Paling memudahkan ramai adalah beras ini juga tidak perlu dibilas sebelum dimasak dan mempunyai aroma serta rasa manis yang unik.

Memanglah eksklusif kerana butir-butir beras ini dipilih dengan teliti oleh pakar Toyo Corporation, dan petani yang menanamnya dibayar lapan kali lebih tinggi daripada petani biasa. Inilah antara sebab mengapa harga beras ini sangat tinggi.

HARGA CECAH RM400 SATU KG!

jenis beras

Dikenali sebagai “beras terbaik di dunia”, Kinmemai Premium dijual dalam pek seberat 140 gram, dengan harga sekitar $120 (RM494.70) per kilogram. Ia mencatatkan rekod sebagai beras paling mahal pada tahun 2016 dengan harga $109 (RM449.35) per kilogram, namun inflasi telah meningkatkan lagi harganya.

Pada mulanya, beras ini hanya dijual di Jepun, tetapi kini ia turut boleh didapati di Singapura. Jadi, kalau ada yang ingin cuba dan dalam masa yang sama berkunjung ke Singapura, inilah masanya!

*Ada yang terfikir nak jadikan sushi? Nampaknya, anda bakal kecewa kerana Kinmemai Premium tidak sesuai untuk membuat sushi kerana kekurangan kandungan kanji yang diperlukan. Bagi menikmati rasa manis dan lemaknya, beras ini disarankan untuk hidangan Jepun yang ringkas seperti ochazuke dan tamago kake gohan.

Baca juga: Cara Masak Beras Basmathi Supaya Lembut & Peroi, Ada 4 Pantang Larang Jangan Buat!

Sumber: Oddity Central

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×