Dapur

Beras Usang Yang Pernah Ada Kutu Beras Lebih Sedap Dimakan? Ini Penjelasannya..

11
SHARES
bubuk beras

Kehadiran bubuk beras atau kutu beras merupakan antara masalah yang sering dihadapi oleh anda yang menyimpan beras dalam tempoh yang lama. Ini merupakan tanda beras anda mula menjadi usang dan ada sesetengah orang akan buang beras sebegini.

Namun, tahukah anda bahawa beras usang ini juga dikatakan paling sedap kerana kanjinya telah berkurang? Mungkin ini merupakan informasi baharu buat ramai orang dan berikut merupakan penjelasan lanjut.

Baca juga: Cara Masak Beras Basmathi Supaya Lembut & Peroi, Ada 4 Pantang Larang Jangan Buat!

KISAH MENGENAI BUBUK BERAS & BERAS USANG

bubuk beras

1. Beras yang ada kehadiran bubuk (kumbang beras) menandakan beras mula menjadi usang.

2. Beras usang (ageing rice) adalah beras yang paling sedap, kerana kanjinya kurang.

3. Nasi yang ditanak akan kurang melekit, sedap dimakan berkuah dan lebih sihat.

4. Biasanya usia beras usang terbaik adalah dua ke tiga bulan selepas dikisar.

5. Namun jika beras disimpan lebih daripada 6 bulan, bilangan bubuk akan semakin banyak dan beras menjadi lebih rapuh, mudah hancur dan bertepung (kerana isinya banyak dimakan bubuk).

6. Bau usangnya juga lebih kuat dan jika diproses semula pun, beras tersebut akan berkurangan beratnya kerana ada yang hancur menjadi tepung dan disedut ke bahagian dedak.

7. Bau beras usang berbeza dengan beras masam yang rosak disebabkan terkena air.

8. Beras usang yang berbubuk ni bagus, kerana ia menandakan beras tersebut adalah beras tempatan.

9. Bubuk tidak aktif atau mati dalam beras import, kerana sudah dibuat proses fumigasi di pelabuhan ketika tiba dari negara pengeksport.

10. Dua jenis bahan kimia yang dibuat untuk semburan fumigasi pada beras import adalah menggunakan methyl bromide atau phosphine.

11. Jadi saranan saya kalau anda makan beras import, basuhlah beras tersebut at least 3 kali sebelum masak nasi.

12. Kalau anda ‘terpaksa’ beli beras import, tapi tak sampai sebulan isinya ada bubuk, ada kebarangkalian dalam kampit beras import tu dicampur dengan beras tempatan.

bubuk beras

*Terpulang kepada selera masing-masing. Kalau nak makan pun boleh, tak makan pun boleh ya!

Baca juga: Jangan Risau Kalau Beli Ayam Awal, Simpan Guna Teknik Ini…Kekal Segar Sampai Raya!

Sumber: Ezreen Muhaizie Marzukhi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×