Dapur

Resepi Kuih Seri Muka Dari Arwah Mak, Tanpa Pewarna & Jadi Lembik-Lembik Sedap!

80
SHARES
resepi kuih seri muka

“Dekat mana nak cari resepi kuih seri muka yang paling sedap tanpa guna pewarna ya? Barulah original!”

Siapa sahaja yang tidak menggemari kuih seri muka tradisional Melayu ini bukan? Mempunyai dua bahagia berbeza di atas dan bawah iaitu pulut dan lapisan hijau santan berlemak, memberikan rasa kuih ini sangat enak dijamah. Malah, setiap kali pergi ke majlis-majlis kenduri pasti akan dihidangkan dengan kuih ini.

Namun, berbeza air tangan seorang ibu yang menyiapkan kuih seri muka ini kerana rasanya akan berbeza malah bertambah enak dari kebiasaan yang dijual. Seperti resepi yang dikongsikan oleh Puan Noor Aswani di laman Facebook, ia merupakan resepi seri muka yang ditinggalkan arwah ibu yang baru sahaja meninggal.

Baca juga: Roti Nak Expired Jangan Buang, Boleh Buat Puding Roti Marble Yang Sangat Sedap & Padu!

RESEPI KUIH SERI MUKA ARWAH MAK

resepi kuih seri muka

Jadi, sama-sama kita manfaatkan dan mencuba resepi air tangan seorang ibu ini. InsyaAllah, kuih seri muka ini menjadi!

Untuk pulut:

-Yang pulut tu kacau macam nak buat ketupat ya. Letakkan santan, air dan garam secukup rasa. (Cara nak buat pulut ketupat palas Utagha macam inilah)
-Pulut dalam 500g/lebih kurang 3 pot beras

Untuk bahagian atas seri muka (hujau):

-Satu mug pati daun pandan..daun dalam 15 helai
-Satu mug santan, pati santan tau..bukan yang cair
-Telur 2 biji, tak kisah gred apa pun
-Gula dalam 8/9 sudu besar
-Tepung gandum 3/4 mug (kalau ada cawan teh yang kecil sikit dari mug lagi senang sukat)

Cara-caranya:

1.Pukul telur dengan gula sampai hancur. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit. Masukkan santan, masuk air daun pandan. Tapis yang tak hancur, kalau tak tapis sauk yang berketul-berketul tu buang.

Cara-cara kukus:

1.Kukus pulut sampai naik wap. Lebih kurang 15 minit, tuang bahan-bahan kepala(hijau) yang dah dikacau sebati semua sekali. Kepala seri muka ini tak perlu masak dulu, boleh dituang terus sahaja bila air wap pulut dah naik.

2.Lebih kurang 40 minit kukus, sambil-sambil jenguk juga tengok air wap menitik atau tak. Tiup-tiup dan hembus air atas dia untuk kepala dia lawa dan sekata.

3.Kalau tak confident nak tiup-tiup air meleleh dan menitik tu, ikat jelah kain napkin dekat penutup pengukus tu..insyaaAllah tak menitik dah air tu.

4.Ini resepi untuk sukatan loyang 10×10. Kalau pakai loyang size kecil..mungkin akan jadi tebal dan tak berapa cantik.

resepi kuih seri muka

*Barulah jadi elok kejadiannya dan warna hijau pun bukan warna pewarna tiruan. Lebih wangi dan lebih berlemak bila dimakan!

Baca juga: Cara Simpan Tomato Paling Terbaik, Tak Sangka Selepas 2 Minggu Pun Masih Kondisi 10/10!

Sumber: Noor Aswani Endut

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×