Dapur

Cara Buat Puding Karamel Tanpa Telur, Tak Payah Pengukus Pun Tetap Jadi Berkilat Elok!

1.9K
SHARES
resepi puding karamel

Salah satu menu puding yang menjadi kegilaan ramai ketika musim PKP sehingga kini adalah puding karamel. Pantang ada sesi makan-makan bersama keluarga atau kenduri, puding karamel inilah dijadikan menu pencuci mulut. Namun, bukan semua dalam kalangan kita boleh menjamah puding karamel ini kerana mengandungi telur dan perlu mencari resepi puding karamel yang lain.

Jangan risau, bukan sahaja anda boleh jumpa resepi puding karamel tanpa telur malah boleh juga dimasak tanpa menggunakan periuk pengukus. Mudah kan? Jom kita cuba!

Baca juga: Roti Nak Expired Jangan Buang, Boleh Buat Puding Roti Marble Yang Sangat Sedap & Padu!

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR TANPA KUKUS

Resepi ini sesuai untuk yang alergi telur dan sesuai yang tiada pengukus. Pertama kali buat Alhamdulillah menjadi!

Bahan-bahan puding:

resepi puding karamel

-1 paket serbuk agar-agar yang jernih (10gm)
-4 cawan air
-1 tin susu cair
-1 cawan susu pekat
-3 sudu tepung kastard
-Sedikit esen vanila

Karamel:

-3 sudu gula pasir
-2 sudu air

Cara :

1.Masukkan gula pasir ke dalam kuali dengan api yang kecil gula di biarkan cair sehingga menjadi perang kemudian tutup api dan masukkan air.

2.Kemudian masukkan ke dalam loyang.

3.Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati kemudian panaskan di atas api yang besar masak puding sehingga betul-betul mendidih dan pekat.

4.Biarkan puding suam sebentar kemudian masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi.

5.Masukkan dalam peti sejuk sehingga 2-3 jam.

6.Terbalikkan loyang tadi di atas pinggan kemudian potong. Sedia untuk dihidang!

resepi puding karamel

*Tips: Pastikan puding dimasak sehingga betul-betul mendidih dan kelihatan pekat ya!

Baca juga: Resepi 5 Jenis Nasi Yang WAJIB Kena Tahu & Masak Di Rumah, Mesti Licin Pinggan!

Sumber: Nordiana Ab Kadil 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×