Dapur

Resepi 5 Jenis Nasi Yang WAJIB Kena Tahu & Masak Di Rumah, Mesti Licin Pinggan!

87
SHARES
jenis nasi

Nasi merupakan makanan ruji terutama sekali buat masyarakat Asia. Di Malaysia juga, hampir setiap hari kita menjadikan menu nasi sebagai hidangan utama dan ternyata, pelbagai jenis nasi yang boleh didapati di dalam negara kita. Antara menu nasi yang menjadi pilihan adalah Nasi Ayam, Nasi Tomato dan Nasi Lemak.

Jadi, buat anda ingin mempelajari dan memasak sendiri jenis-jenis nasi yang pelbagai ini di rumah, berikut merupakan resepi bagi lima jenis nasi yang menjadi pilihan tidak kira di rumah atau di kenduri-kendara. Musim-musim cuti ini kalau masak untuk keluarga di rumah pun mesti sedap!

Baca juga: Teknik Supaya Sayur-Sayur Yang Dibeli Lebih Tahan Lama, Ada Yang Sampai Berbulan!

RESEPI 5 JENIS NASI YANG SEDAP-SEDAP BELAKA

1.Nasi Hujan Panas

jenis nasi

-2 cawan beras basmathi
-1 kiub pati ayam
-1 batang kayu manis
-2 bunga cengkih
-1 bunga lawang
-3 buah pelaga
-1 inci halia
-3 ulas bwg putih
-1 biji bwg besar
-3 biji bwg merah
-2 batang serai
-3 helai daun pandan
-3sb minyak sapi
-1 cawan susu cair
-2 1/2 cawan air pewarna (merah,kuning,hijau)

2.Nasi Minyak Kampung

jenis nasi

Bahan:
-3 pot beras basmathi (Guna Jasmin Basmathi Pusa Gold)
-5 pot air (1 pot diguna untuk blend dengan bawnng goreng)
-2 sudu makan planta (nak guna minyak sapi pun boleh)
-Kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga
-Rempah sup bunjut adabi-1
-1 genggam bawang goreng(mesin dengan air)
-1 sudu makan kismis
-Garam dan perasa
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawanng putih
*1/2 inci halia

Cara:
-Blend bahan bertanda *
-Panaskan rice cooker..masukkan planta
-Tumis rempah 3 serangkai
-Masukkan bahan blend..masukkan rempah sup bunjut
-Masukkan kismis,garam dan perasa
-Masukkan bwng grng yg dh dblend dgn 1 pot air
-Masukkan beras
-Akhir sekali masukkan lagi 4 pot air..
-Tutup periuk dan biar hingga masak..
-Bila dah masak..kaiskan dengan garfu (untuk elakkn nasi jadi patah-patah)

3.Nasi Briyani Simple

jenis nasi

Bahan-bahan:

-1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
-1 sudu besar minyak sapi
-5 sudu besar marjerin planta ( atau apa-apa marjerin pun boleh)
-3/4 tin susu cair
-1 biji bawang besar, dimayang halus
-3 ulas bawang merah*
-5 ulas bawang putih*
-2 inci halia*(*dikisar halus)
-1 batang kayu manis
-3 kuntum bunga lawang
-5 kuntum bunga cengkih
-3 biji buah pelaga
-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
-Segenggam daun ketumbar ( optional)
-Segenggam bawang goreng
-1/2 cawan gajus
-1/2 cawan kismis
-Secubit safron direndam dalam sedikit air panas (kalau takde boleh guna pewarna kuning biasa)
-2 kiub ayam maggi
-Garam secukup rasa
-2 s/b rempah beriani – bancuh dgn sedikit air
-Air mengikut sukatan beras basmathi yang anda guna – biasanya air kena lebih sikit kalau saya masak.. Lebih kurang sukatannya 1:1.5

Cara-cara:

– Panaskan minyak sapi & planta dalam kuali…
– Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti dengan daun pandan dan bahan-bahan kisar bersama rempah beriani tadi…Tumis hingga wangi…
-Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang…
-Masukkan kismis..Kacau rata…
– Tuang air mengikut sukatan beras dan susu cair…Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa)…Biarkan mendidih…
– Tuang ke dalam rice cooker dan masukkan beras, kemudian masak seperti biasa..Masak hingga nasi kering…
– Dengan menggunakan btg sudu buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan safron @ pewarna kuning.. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng…
– Tutup tudung periuk dan biar nasi betul-betul masak…
– Bila nasi betul-betul masak, gaul nasi perlahan-lahan sekadar meratakan bahan-bahan tabur tadi dan juga jus safron @ pewarna kuning..Jangan terlebih gaul nanti nasi akan patah-patah. Seeloknya gunakan chop stick atau garfu..
– Boleh laa dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti kari daging,dalca,ayam masak merah, pajeri nenas,pencuk nenas,acar timun atau acar buah dan kurma ayam @ daging atau mengikut selera masing2….

4.Nasi Tomato Kenduri

Bahan-Bahan:

-4 cawan beras
-3 sm halia*
-bawang merah*
-bawang putih*
-6 cawan air
-3 tangkai bunga cengkih
-3 kuntum Bunga lawang
-5 biji buah pelaga
-2 batang kulit kayu manis
-1 helai daun pandan
-1/2 cawan kismis
-1/2 cawan susu cair
-2 cawan tomato sup
-1 senduk minyak sapi

Cara Penyediaan:

1. Potong halus bahan bertanda *
2. Panaskan minya sapi, masukkan bahan yang dipotong halus bersama bunga lawang, bunga cengkih, daun pandan, buah pelaga dan kayu manis. Goreng sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan beras kacau seketika selama 1-2 minit. Kemudian Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
4. Masukkan tomato sup, susu cair, kismis dan garam secukup rasa. Apabila hampir kering pertahankan api, tutup tudung periuk dan tunggu hingga masak.

5. Nasi Dagang

Bahan-bahan:

-1 kilo beras (direndam, dicuci dan ditoskan)
-3 cawan santan cair
-2 sudu teh halba
-1 inci halia (dihiris nipis)
-10 ulas bawang merah (dihiris nipis)
-2 sdt gula
-1 sdt garam

Caranya:
1. Masukkan beras yang dicuci bersih ke dalam pengukus yang telah dipanaskan. Kukus beras tersebut selama 30 minit.
2. Pindahkan ke dalam mangkuk besar, masukkan santan dan gaulkan ia. Kemudian dikukus lagi selama 30 minit.
3. Pindahkan lagi ke dalam mangkuk dan tambah halba, halia, bawang, gula serta garam. Teruskan lagi mengukus selama
20 minit.
4. Bila dah masak barulah di angkat untuk dihidangkan.

Kari ikan tongkol:

-4 sudu minyak masak
-3 cawan santan
-2 keping asam gelugur
-350 gm ikan tongkol (dipotong menjadi keping)
-1 tangkai cili hijau ( dibelah dua)
-1 tangkai cili merah (dibelah dua)
-Garam secukup rasa
-Gula secukup rasa

Pes rempah:

-10 ulas bawang merah
-1 inci kunyit
-1 inci lengkuas
-3 sudu besar cili kisar

Caranya:

1. Kisar bahan-bahan pes rempah hingga halus.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan rempah hingga wangi. Tambah santan serta asam gelugur dan renehkan sebentar.
3. Masukkan ikan. Biarkan sekejap dan perasakan garam serta gula. Tambah cili dan renehkan selama 5 minit atau sehingga masak.

Acar timun:
-100 gm timun
-100 gm lobak merah
-100 gm cili merah dan cili hijau
-50 gm bawang besar
-60 ml cuka
-gula secukup rasa
-garam secukup rasa

Caranya:

1. Timun dipotong 2 inci dan buang biji ditengahnya. Mayang halus seperti batang mancis.
2. Lobak merah, cili merah serta cili hijau dihiris seperti timun juga.
3. Bawang besar dibelah 2 dan dihiris halus.
4. Rendamkan bahan hirisan tersebut ke dalam air kapur selama 30 minit. Kemudian cuci bersih dan toskan. Biarkan sehingga
ia kering.
5. Gaulkan, gula, garam dan cuka hingga sebati.
6. Kemudian hidangkan

*Selamat mencuba!

Baca juga: Tak Susah Buat Pes Tomyam Homemade, Rasa Tetap Padu Dan ‘Kaw’ Bila Guna Resepi Ini

Sumber: Auni Page

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×