Dapur

Cara Masak Sup Ketam Ikut Resepi Eina Azman, ‘Ubat’ Lawan Penyakit Paling Sedap!

7
SHARES
cara masak sup ketam

Kalau anda perhatikan orang di sekeliling semuanya mengalami sakit tekak, batuk, selesema dan demam. Selain dari mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil ubat bagi merawat musim penyakit ini, menu sup ketam juga amat disarankan bagi merawat penyakit. Kalau tak tahu, ada cara masak sup ketam yang mudah dikongsikan oleh Datin Paduka Eina Azman di laman Tiktoknya.

Bukan sahaja mudah disediakan, menu sup ketam ini juga sangat enak dimakan bersama nasi putih. Anda dapat rasakan badan lebih bertenaga apabila menghirup sup ketam ini!

Baca juga: Cara Buat Sotong Goreng Tepung Tapi Tepung ‘Tak Lari’, Rupanya Jangan Campur 2 Bahan Ini!

CARA MASAK SUP KETAM IKUT RESEPI EINA AZMAN

cara masak sup ketam

Bahan-bahan:

-Bawang putih
-Halia
-4 sekawan
-Ketam 1kg
-Air
-Kiub ikan bilis
-Sos ikan
-Lada putih
-Ubi kentang
-Lobak merah
-Celery
-Telur
-Daun ketumbar, daun sup, daun bawang

Cara-caranya:

1.Tumis bawang putih, halia, dan bawang merah.

2.Masukkan rempah 4 sekawan.

3.Masukkan ketam dan air.

4.Kacau,kacau dan masukkan kiub ikan bilis.

5.Masukkan sos ikan dan lada putih.

6.Kacau-kacau, dan masukkan telur.

cara masak sup ketam

*Resepi sup ketam ini tidak menggunakan sebarang rempah kerana mahu rasa asli ketam yang sangat bagus untuk melawan penyakit seperti demam. Bukan sahaja bagus untuk dihidangkan buat orang yang tidak sihat, sup ini juga sangat sedap!

Baca juga: Rupanya Ini Cara Pilih Ketam Isi Penuh Supaya Tak Hampa Setiap Kali Makan, Barulah Puas!

Sumber: Tiktok @einaazman13

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×