Stresnya bila setiap kali pilih ketam mesti akan ‘kosong’ sahaja dekat dalam, macam mana nak rasa puas setiap makan? Rupa-rupanya ada cara pilih ketam isi penuh dengan betul dan bukan hanya dengan tengok saiz ketam tersebut sahaja. Namun, ramai dalam kalangan kita yang selalu salah dan penuh dengan perasaan hampa setiap kali makan ketam.
Baca juga: Setiap Kali Pergi Pasar WAJIB Beli 6 Jenis Ikan Tinggi Khasiat Omega-3 Ini, Sedap Pun Sedap!
CARA PILIH KETAM ISI PENUH, BARU PUAS MAKAN!
1.Semasa memilih ketam, pastikan ketam yang kita pilih tu berat. Kecil tak apa yang penting berat.
2.Gambar ni saya pinjam, sebab saya nak bagitahu perbezaan di antara ketam jantan dan betina. Ketam jantan bentuk 3 seginya kecil, ketam betina 3 seginya besar. Jadi kalau nak isi padu dan banyak telur pilih ketam betina.
3.Lihat tempat bertanda tu, pastikan tempat tu berwarna kuning atau keorenan.
4.Saya beli 4 ekor ketam tadi. Nampak tak telur ketam tu? Memang tak mengecewakan.
5.Setelah dicuci dan dibersihkan. Ini lah hasilnya. Alhamdulillah isi padu dan telur memang banyak.
6.Inilah hasilnya. Keempat-empat ketam yang saya pilih memang padu isinya. Kalau rasa tips saya berguna, bolehlah try nanti. Alhamdulillah. #SayaAnakNelayan
7.Begitu rupanya cara nak pilih ketam yang penuh dengan isi dan telur. Biasanya main beli je, tak tengok atau teliti apa-apa pun. Lepas ni bolehlah ikut cara dan tips ini, baru puas hati makan!
Namun begitu, ada juga dalam kalangan warga Twitter yang berkongsikan cara lain untuk tentukan waktu paling afdal untuk beli ketam yang mempunyai isi penuh.
Caranya adalah dengan tengok pada kalendar Islam dan bentuk bulan. Ia berkaitan dengan air pasang surut & tindak balas semulajadi ketam. Jadi, nak beli ketam dengan isi penuh, cari pada waktu bulan mengambang, dalam hari ke 14-17 kalendar Islam.