Dapur

Resepi Gulai Kaki Ayam Kelantan Atau ‘Gulai Kopeh’ Paling Sedap, Tulang Kaki Ayam Lembut!

180
SHARES
gulai kaki ayam

Sedapnya bila makan nasi kukus berlaukkan gulai kaki ayam Kelantan bukan? Tambah pula isi kaki ayam yang sudah terkopek lembut, menjadikan menu ini bertambah sedap. Tapi, macam mana nak buat gulai kaki ayam Kelantan atau dipanggil ‘Gulai Kopeh’ ini di rumah?

Berikut merupakan tips yang anda boleh gunakan bagi mendapatkan gulai kaki ayam seperti apa yang dimakan di negeri Kelantan. Bukan itu sahaja, nak pastikan kaki ayam dimasak dengan elok supaya dapat mengekalkan kualiti kolagen yang terdapat dalamnya pun memerlukan tips tau!

Baca juga: Cara Buat Serbuk Colek Buah ‘Sedap Dooh’ Macam Makan Di Kelantan, Kecur Liur!

CARA BUAT GULAI KAKI AYAM KELANTAN ATAU GULAI KOPEH, KAKI AYAM LEMBUT!

gulai kaki ayam

Ben nak beritahu tips untuk jadikan kaki ayam high level of menu bila buat gulai kopeh. Bila makan cara macam ini baru tahu erti kesedapan sebenar. Kaki ayam lembut sedap gigit mudah tertanggal. Jom baca.

1.Kaki ayam perlu dipotong kuku dan dibuang isi tengah dia. Kenapa buang? Kadang-kadang hitam sebab tahi dan kotor. Maka bersih buang. Kesedapan bermula dengan kebersihan. Jangan tinggal petua ini. Kalau tak larat, usahakan dengan kuantiti yang sesuai.

2. Kaki ayam banyak kolagen. Ianya bagus untuk wajah tapi kalau banyak sangat, gulai kari atau sup akan membeku atau berlendir setelah gulai sejuk dan jadi macam agar-agar. Punca dia sebab kolagen turun banyak .

Penyelesaian dia : Jadi bila dah basuh bersih tadi, masukkan kaki sahaja dalam periuk dan rebus sehingga mula masak. Lepas tu toskan dan siram air bagi saki baki kolagen turun. Yang tinggal sisa hanya sikit sahaja kolagen dan ianya tak menjejaskan gulai.

3. Waktu masukkan kaki ayam yang banyak ke dalam gulai, bila ayam bahagian lain dan leher sudah melalui proses empuk selama 30-35 minit, baru masukkan kaki ayam terlebih dahulu dan kacau sekitar 10 minit kalau kuantiti kaki banyak camni sebelum dimasukkan santan segar dan masak hingga kaki ayam mulai nampak menggiurkan.

Ianya akan ambil masa gulai mendidih beberapa kali pada api kecil dan memekat untuk jadikan kaki ayam sebegini. Minyak dari santan akan juga mula terhasil di lapisan atas . Macam mana rupa dia kaki ayam yang sedap ? Bila kulit kaki ayam mulai tertanggal sedikit dari tulang atau kita panggil ‘ lokoh’, ‘cekang’ dari tulang.

4. Untuk gulai kopeh (bahagian bertulang) yang sedap, proses masak sama sahaja. Rempah perlu ditumis sehingga terbit minyak pada api kecil ,baru hilang rasa pedas rempah dan jangan bagi hangus.

Semasa proses tumis ini juga, garam gula Melaka dimasukkan 2/3 sukatan supaya rasa masin dan manis meresap masuk ke dalam bahagian isi dan leher serta kaki ayam.

gulai kaki ayam

5.Gunakan santan segar. Baru gulai terasa lebih sedap dan jangan lebihkan air. Masukkan santan dahulu dan kalau nampak terlebih pekat baru tambah sedikit air. Kalau cair ? Tambah santan.

Yang akak nampak lapisan minyak bahagian atas bukan minyak sawit tapi minyak dari santan kelapa. Kalau berlebihan sila cedok buang sedikit. Biar cantik sepadan.

6. Proses lembutkan kaki ayam dengan cara seperti diterangkan dan dengan menggunakan pressure cooker akan hasilkan rasa yang berbeza. Betul. Kenapa ?

Sebab dalam proses tradisional,kaki ayam lembut dengan serat urat terurai bersama resapan bahan rempah gulai. Itu yang membezakan rasa yang terhasil. Nak cepat atau nak lebih sedap ? Pilihan di tangan mengikut situasi.

7.Untuk rempah/awah gulai, memang dari dulu Ben akan guna rempah gulai Cikgu Afy. Sedap kena dengan tekak kampung Ben. Dah diadun sempurna.

8. Gulai yang bertambah sedap bila masak malam ni dan makan pagi esok. Best rasa rempah masuk dalam isi kaki.

gulai kaki ayam

*Bila dah siap boleh dimakan bersama nasi putih panas! Rasa macam makan di Kelantan!

Sumber: Ben Safwan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×