Dapur

Resepi Lawar Sejenis Kerabu, Lauk Lejen Ni Tak Perlu Masak Ikan Gaul-Gaul Je Dah Siap!

8
SHARES
resepi lawar

Lawar merupakan makanan sejenis kerabu menggunakan isi ikan tamban segar tanpa perlu dimasak, yang popular di negeri Kelantan. Di Sabah ia dipanggil hinava, manakala di Sarawak pula sebagai umai. Melalui perkongsian resepi lawar oleh Puan Mastura Bt Mamat, cara penyediaan hidangan ini ternyata sangat mudah.

Selain itu, buat pembaca yang belum pernah menikmatinya, ia mempunyai rasa pedas, masam dan manis serta tidak berbau hanyir biarpun dari ikan mentah. Hal ini kerana, pilihan ikan tamban yang segar serta campuran perahan limau nipis telah menghilangkan hanyir ikan tersebut. Jom, lihat resepi lawar di bawah!

Baca juga: Resepi Kuih Tepung Pasung, Memang ‘Limited’ Susah Nak Jumpa Luar Pantai Timur!

RESEPI LAWAR

resepi lawar

Gambar: Mastura Bt Mamat

Hari ini tak masak, main gaul-gaul saja. Kesukaan encik suami.

Bahan utama:

  • Ikan tamban yang betul-betul segar

Bahan hirisan:

Bahan lain:

  • Limau nipis
  • Garam

Baca juga: Jamin Bersih Buat Udang Kering Sendiri, Nak Lagi Ekspres Guna Oven Tak Perlu Jemur!

Penyediaan:

resepi lawar

Gambar: Mastura Bt Mamat

  1. Siang buang najis dan basuh bersih-bersih ikan tamban.
  2. Setelah itu, ambil isinya sahaja sambil berhati-hati kerana ia banyak tulang dan cincang jangan sampai lumat.
  3. Dah sudah ketepikan isi tersebut dan tak perlu rebus ya.
  4. Ambil limau nipis dibelah dua dan perahkan di atas isi ikan tamban.
  5. Kemudian bahan-bahan yang dihiris tadi, campurkan kesemuanya bersama isi ikan dan diperasakan bersama garam.

Baca juga: Resipi Asam Pedas Johor Ikan Tenggiri, Kena Letak Lebih 1 Bahan Ini Kuah Jadi Sedap!

Nota:

kerabu kelantan

Gambar: Mastura Bt Mamat

Ikan tak perlu rebus, ikan itu mentah. Tapi bila perah limau nipis, isinya jadi putih, masak dan tak hanyir. Tak ada rasa macam ikan mentah pun sebab dah jadi macam kerabu.

Baca juga: Cara Buat Ikan Pekasam Air Tawar, Lepas Perap Seminggu Boleh Goreng!

Sumber: Mastura Bt Mamat via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Mastura Bt Mamat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×