Dapur

5 Kaedah Rebus Ulam Jantung Pisang, Bila Sejuk Tak Lebam & Tak Hitam Pun!

127
SHARES
ulam jantung pisang

Menggandingkan ulam jantung pisang bersama sambal belacan, memang boleh kecur liur dibuatnya. Namun, tidak ramai yang mahir menyediakan ulam ini agar terlihat putih bersih warnanya selepas rebus.

Hal ini kerana, jantung pisang akan berubah menjadi lebam kehitaman selepas ia disejukkan. Jadi, nak pastikan ulam jantung pisang ini cantik putih hasilnya, mari lihat lima kaedah di bawah.

Baca juga: 4 Jenis Buah Perlu Elak Sebelum Tidur, Patutlah Berat Badan Naik Macam Kena Pam!

ULAM JANTUNG PISANG

ulam jantung pisang

Gambar: klikdokter

Melalui sumber pertama dari Puan Zaihanififie Abu Bakar, petua untuk mengelak ulam jantung pisang bertukar lebam adalah jangan dibelah dua ketika merebus.

Ramai yang bertanya. Apa petua untuk jantung pisang putih (tidak lebam) lepas di rebus. Senang saja kawan-kawan.

  1. Buang kulit tua yang luar itu.
  2. Jangan dibelah dua.
  3. Kemudian rebus sebiji-biji dalam air yang mendidih.
  4. Lepas rebus baru belah memang akan putih.

Cubalah, mana tahu ada petua lain. Semoga bermanfaat untuk semua.

Baca juga: Bukan 1 Atau 2, Tapi Ada 10 Jenis Pisau Dapur & Fungsinya Anda Kena Tahu!

Manakala artikel yang pernah diterbitkan Keluarga pula, telah berkongsikan empat kaedah mudah untuk memastikan jantung pisang tidak menjadi lebam selepas direbus. Jom lihat!

1. Minyak masak

Masukkan sedikit minyak masak ke dalam periuk semasa ingin merebus jantung pisang tersebut.

2. Limau

Semasa merebus jantung pisang tersebut boleh juga diperahkan limau ke dalamnya.

3. Garam

Memasukan garam ke dalam air rebusan jantung pisang juga antara cara yang berkesan untuk memastikan jantung pisang tidak menjadi lebam selepas direbus.

4. Asam keping

Penggunaan asam keping juga dikatakan dapat menjadikan jantung pisang yang direbus kekal berwarna putih. Caranya cukup mudah hanya masukkan sekeping ke dalam periuk rebusan dan masaklah seperti biasa.

Baca juga: ‘Trick’ Mee Goreng Basah Kekal Lembap, Tak Kembang & Berkuah Likat Sampai Esok!

Sumber: Zaihanififie Abu Bakar / Keluarga

FT Image: Google / Zaihanififie Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×