Dapur

Petua Petai ‘3 in 1’: Bau Kurang Menyengat, Kecut Jadi Segar & Saiz Kecil Berkembang Besar!

10
SHARES
pokok petai

Pokok petai merupakan tanaman kategori ulaman atau sayuran buah. Di mana, petai sedap dijadikan sebagai ulam atau dicampurkan ke dalam masakan.

Umum juga mengetahui, petai menghasilkan bau yang kuat menyengat atau berbau busuk. Sekiranya anda penggemar petai tetapi kurang suka akan baunya, anda semestinya kena tahu petua Puan Ida Shahida ini tentang cara mengurangkan baunya yang menyengat.

Bukan itu sahaja, kini anda boleh membelinya dengan harga yang murah biarpun ia kelihatan kecut kerana di bawah terdapat petua untuk menjadikan petai segar dan bersinar-sinar. Malah, buah petai yang bersaiz kecil juga boleh berkembang besar, baru puas makan! Jom ikuti petua petai di bawah.

Baca juga: Resipi Salad Timun Yogurt Viral Rangup Berjus, Kesedapannya Setanding Salad ‘5 Star’!

POKOK PETAI

pokok petai

Sudah 14 tahun saya amalkan petua ini. Jika ada jualan petai yang dah kecut saya terus beli sebab saya perlu rendam dulu petai sebab saya tak suka makan petai yang baru atau segar bugar, baunya terlalu kuat. Maka terhasillah petua ini.

Petua petai jadi besar, segar dan kurang berbau kuat

Jika anda beli petai keping atau yang telah siap dikupas ada yang matanya kecil dan ada yang besar. Kadang ada juga petai yang sudah kecut atau anda suka makan petai tetapi tidak suka dengan baunya terutama dalam bilik air. Petuanya adalah:

  1. Kupas kulit petai dan keluarkan kesemua isinya.
  2. Masukkan dalam bekas bertudung dan masukkan air biasa sehingga ke paras tudung dan tutup rapat.
  3. Masukkan ke dalam peti ais ditempat yang biasa, paling kurang dalam 5 jam.

Hasilnya, petai tadi dah mulai kembang dan jadi besar 2 kali ganda dari awal tadi (tujuan dimasukkan ke dalam peti ais tu ialah untuk memelihara kesegarannya). Anda pasti terkejut sebab bukan sahaja petai itu besar malah ia akan menjadi semakin banyak dan akan memenuhi bekas tadi.

Tip petai jadi lagi cantik pastikan kopek tanpa terbelah & turis sedikit pada kulit arinya

Kalau nak lagi cantik menarik mata petai jangan terbelah 2 – kopek sebiji sebiji dan turis sedikit saja kulit arinya supaya air dapat meresap masuk ke dalam mata petai tersebut).

Teknik rendaman ini juga akan membuatkan petai tadi tidak lagi berbau ‘kuat’ sebab baunya keluar bersama air tadi. Tapi tetap bau dan rasa petai, jadi jangan rendam melebihi 10 hari sebab nanti petai tawar dah tiada rasa petai lagi sebab bau petai dah luntur bersama air rendaman itu.

Baca juga: Ini 3 Kaedah ‘Power’ Simpan Daun Kucai, Segar Berbulan & Tak Berlendir!

Teknik ini sesuai apabila membeli petai yang sudah kecut

pokok petai

Jadi teknik saya ini membolehkan anda membeli petai yang sudah kecut atau yang murah dari harga yang segar bugar, sebab nanti bila dah direndam dalam air petai anda akan jadi bersinar-sinar dan segar bugar.

Cuba perhatikan gambar petai ini, tadi saya kupas hanya separuh tupperware kecil itu tapi selepas 7 jam tudungnya dah terbuka sebab dah jadi terlalu penuh. Jadi sekarang saya ubah ke bekas yang lebih besar dan masukkan air semula kemudian simpan dalam peti ais semula.

Boleh direndam lama tapi pastikan air ditukar setiap hari atau berselang hari

Anda boleh simpan berhari-hari malah berminggu di dalam bekas yang ada air ini cuma anda perlu menukarkan air yang baru sama ada setiap hari atau berselang hari. Kualitinya tetap cantik dan sedap tapi makan petai sebab nak buat ubat traditional tak boleh lah sebab dah direndam air.

Bagusnya teknik ini membuatkan petai tidak menyengat bau atau terlampau busuk

Cuma yang bagusnya bila makan petai yang telah direndam sebegini, petai itu tidaklah terlalu menyengat baunya dan tidak terlampau busuk.

Cubalah! Petai ini tadi kecut dan lembik, sekarang dah segar bugar, keras dan bersinar-sinar. Saya dah beli 6 hari tapi tak sempat masak letak pun atas kabinet saja dah 6 hari dah, terlupa.

Baca juga: Resipi Kaswi Jagung ‘Viral’, Guna 3 Jenis Tepung INI Baru Lebih Lembut Menggedik!

Sumber: Ida Shahida via Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga Anda

FT Image: Ida Shahida

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×