Dapur

Resipi Sambal Bilis Petai Tempoyak, Menu Ini Bikin Kecur Liur!

404
SHARES
sambal bilis petai tempoyak

Tempoyak dibuat daripada isi buah durian yang diasingkan daripada bijinya sebelum ditambah dengan sedikit garam dan disimpan tertapai dalam suhu bilik selama tiga hingga lima hari. Jadi, tempoyak yang masih ada di dapur itu, apa kata gunakan ia untuk membuat hidangan sambal bilis petai tempoyak.

Sudah tentulah resipi ini paling mudah dibuat dan lebih sedap makan dengan nasi yang sedang panas pun sudah cukup. Resipi sambal bilis petai tempoyak ini telah dikongsikan oleh Puan Tengku Roselyza Raja Muhammad yang merupakan resipi homemade daripadanya.

Baca juga: Resipi 5+ Jenis Sos Salad Pelbagai ‘Kerakyatan’ Mudah Disediakan, Walahhh!

SAMBAL BILIS PETAI TEMPOYAK

sambal bilis petai tempoyak

Makan nasi panas-panas letak kicap, ditambah pula dengan ikan goreng. Pergh, sedap terangkat mantap!

RESIPI SAMBAL BILIS TEMPOYAK

sambal bilis petai tempoyak

  • 2 sudu besar tempoyak segar
  • Petai
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN A

  • 20-25 biji cili padi
  • Ikan bilis
  • Bawang merah
  • Bawang putih

  1. Pertama sekali, kisar atau tumbuk bahan A.
  2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar atau ditumbuk tadi.
  3. Apabila ia dah pecah minyak masukkan pula buah petai dan kacau sehingga rata.
  4. Seterusnya, masukkan 2 sudu besar tempoyak dan tambah air dalam kuantiti sedikit-sedikit.
  5. Masukkan garam, gula dan perisa secukup rasa.
  6. Tunggu ia masak sehingga pecah minyak dan mendidih.
  7. Akhir sekali, bila dah pekat boleh lah tutup api.

Dah siap! Juadah ini sedia dinikmati bersama keluarga tercinta.

Baca juga: Resipi Beef Steak Homemade, Lebih Jimat & Kuantiti Banyak Baru Puas Makan!

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×