Dapur

Lupakan Bab Bau Busuk, Ketahui Ini Khasiat Petai Yang Tak Disangka!

35
SHARES

Siapa sangka terdapat banyak khasiat pada buah petai. Walaupun, ia mempunyai bau yang kurang menyenangkan namun, ia tetap menjadi pilihan utama orang ramai apabila dijadikan sebagai ulam cecahan sambal.

Melalui perkongsian pemakanan sihat dari Doktor Rizal Abu Bakar, salah satu manfaat petai adalah membekalkan hormon gembira selain, dapat meningkatkan mood dan menenangkan minda. Jadi, apa lagi jom memetai!

Baca juga: Resepi Roti Telur Berhantu, Nak Lebih Sedap Makan Ketika Lembut & Panas!

LUPAKAN BAU PETAI KERANA IA KAYA KHASIAT!

JOM MEMETAI!

Untuk peminat petai, ini berita gembira buat anda! Petai ni antara top feveret food saya. Makan macam ni. Buat ulam memang merecik!

Petai adalah antara sumber terbaik untuk lawan radikal bebas. Ramai yang asyik dok fokus dengan baunya saja. Tapi bukan pada khasiatnya.

Bau petai tidak datangkan mudarat. Jadi, lepas ini kena lah berjinak jinak makan petai ye.

Tahu tak petai kaya anti oksida polyphenol, phytosterol dan flavonoid – lindungi sel dari dirosakkan dan kuatkan sistem imun.

Sama macam dark chocolate, petai ada trytophan iaitu protein yang ditukar kepada serotonin. Hormon gembira. Boostkan mood dan relakskan minda.

Apabila sel sel dalam badan dilindungi. Maka, rendahlah risiko untuk terkena tekanan darah tinggi, kanser, diabetes dan arthritis.

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×