Ia selalu terjadi, roti yang masih banyak akan dibuang kerana tidak mampu menghabiskannya dalam sesuatu tempoh. Bagi mengelakkan pembaziran, sekiranya anda mempunyai roti yang hampir tamat tarikh luputnya di rumah, mungkin anda boleh mencuba resepi mudah ini.
Ia adalah resepi roti telur berhantu yang dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Hanya menggunakan tiga bahan saja dan cara menyediakannya pun amat mudah! Lebih sedap apabila ia dimakan lembut panas-panas, sewaktu minum petang.
Baca juga: Rupanya Guna 3 Bahan Ini Dah Boleh Buat Sos Perapan BBQ, ‘Save’ Bajet & Enak!
SEKALI MAKAN PASTI TAK CUKUP SEKALI!
Ngeri pulak rasa tajuk roti telur berhantu. Tapi betul tau, sekali kau dah rasa tak boleh stop makan. Lagi-lagi makan waktu panas memang best! Kalau yang dah sejuk rasa still sama cumanya aura sedap tu kurang.
Senang nak buat pula tu sebab bahannya pun hanya perlukan roti, telur dan susu. Boleh la view step senang namatey. Ajarkan anak-anak masak begini seronok mereka nanti. Selamat mencuba!
Baca juga: Resepi LEMPENG KAMPUNG Gemuk Gebu, Puas Dapat Makan Sampai Berebut!
RESEPI ROTI TELUR BERHANTU
Bahan-bahan:
- 6 keping roti.
- 2 biji telur.
- 2 sudu susu pekat.
Cara penyediaannya:
- Roti dipotong empat bahagian. Kalau tak nak potong pun tak kisah.
- Pecahkan dua biji telur dan masukkan dua sudu susu pekat.
- Kacaulah campuran itu bagi ianya betul-betul sebati.
- Kemudian, ambil kepingan roti yang telah dipotong untuk dicelupkan ke dalam campuran tadi.
- Pastikan kedua-dua belah bahagian kepingan roti dicelup sama rata.
- Gorenglah ia tanpa minyak atau sedikit minyak. Jumlah minyak yang banyak akan menyebabkan ia meresap ke dalam roti. Ia juga bagi mengelakkan dari makan roti yang berminyak.
- Setelah itu, sudah kelihatan manis warnanya boleh lah diangkat.
Setelah diangkat roti telur tersebut, ia takkan keras. Malah, akan lembut kelepek begini. Tapi makan dia ketika lembut waktu panas-panas.
Baca juga: Tak Ada Tepung Atta, Boleh Guna Tepung Gandum Buat CAPATI, Lebih Sedap & Lembut!
Sumber: Facebook Cheyah Saripuddin