Resepi roti sardin goreng bukan satu rahsia lagi kerana ia amat mudah disediakan. Namun, berbeza resipinya kali ini adalah bagaimana untuk memastikan roti sardin ini digoreng rangup dan tidak serap minyak.
Ha, mesti anda nak tahu bukan? Kalau nak tahu rahsia di sebalik resepi roti sardin goreng menjadi rangup berbunyi kriuk kriuk ketika digigit, ikuti perkongsian resepi dari pemilik akaun Cahaya Kasih Firdausi di bawah.
Baca juga: Resepi Sambal Ayam Gepuk Pak Gembus, Tak Perlu Masak Tapi Boleh Pecah Minyak, Fuhhh Sedap!
RESEPI ROTI SARDIN GORENG

Gambar: Cahaya Kasih Firdausi
Bahan inti sardin:
- Ikan sardin
- Bawang merah
- Cili padi
- Gula sikit
- Garam sikit
- Serbuk perasa sedap maggie
Bahan tepung roti:
- Tepung gandum (tepung lain pun boleh)
- Perahan air limau
- Serbuk kunyit
Cara menggoreng:

Gambar: Cahaya Kasih Firdausi
- Hiris bahan-bahan sardin dan masukkan ke dalam bekas berisi ikan sardin bersama sedikit garam dan gula serta serbuk perasa sedap maggie.
- Gaul rata bahan-bahan tersebut dan tumiskan dengan sedikit minyak sehingga ia masak dan bawang bertukar layu. Ketepikan.
- Sementara itu, untuk bahan tepung roti hanya perlu goreng seperti biasa.
- Cumanya, rahsia nak bagi rangup kena perahkan sedikit air limau sahaja. Manakala, nak warna kuning letak serbuk kunyit sedikit.
- Isi sardin dalam roti dan lipat dua.
- Letakkan bancuhan tepung cair di tepi roti supaya melekat dan tak terbuka. Roti tak perlu lenyek atau kukus ya.
- Panaskan minyak hingga betul panas. Kemudian, celup roti dalam bancuhan tepung dan terus goreng.
- Goreng hingga garing. Angkat dan tos.
Roti yang digoreng dengan minyak yang betul-betul panas tidak akan meresap minyak. Selamat mencuba!
Baca juga: Wah! Tak Sangka Pekatkan Kuah Makanan Hanya Guna Beras, Terus Wow Rasa Masakan
Sumber: Cahaya Kasih Firdausi via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
FT Image: Cahaya Kasih Firdausi