Dapur

Resepi Sambal Ayam Gepuk Pak Gembus, Tak Perlu Masak Tapi Boleh Pecah Minyak, Fuhhh Sedap!

15
SHARES
resepi sambal ayam gepuk

Makanan terkenal seperti Ayam Gepuk Pak Gembus merupakan antara menu utama pilihan rakyat di negara ini. Selain mempunyai pelbagai lauk sampingan, tarikan sambalnya yang pedas telah memberikan kenikmatan sensasi tidak terperi kepada penggemarnya. Oleh sebab sambalnya telah menjadi fenomena, apa kata anda cuba sediakannya sendiri dengan resepi sambal ayam gepuk di bawah ini.

Resipi sambal ayam gepuk ini telah dikongsikan oleh saudara Helmi Haqiem di laman sosialnya. Jadi, jom cuba buat!

Baca juga: Wah! Tak Sangka Pekatkan Kuah Makanan Hanya Guna Beras, Terus Wow Rasa Masakan

RESEPI SAMBAL AYAM GEPUK PAK GEMBUS

resepi sambal ayam gepuk

Gambar: Helmi Haqiem

Dulu pernah jadi manager Ayam Gepuk Pak Gembus. Kita tahu lah apa bahan dia pakai dalam sambal dan yang penting sambal tak payah masak, tapi elok pecah minyak haaa. Simpan buat stok seminggu.

Bahan-bahan:

Semua bahan pakai agak-agak korang. Benda kena ada:

  • Bawang putih
  • Cili padi merah pedas
  • Cili padi hijau kampung
  • Ratio cili merah 3 : 1 cili hijau
  • Kacang jagus (wajib ada, tak ada tak sedap)
  • Minyak bijan (wajib ada, tak ada tak wangi)
  • Minyak masak

Baca juga: Menu Ekspres Ramadan, Resepi Enak Telur Sambal Cili Kering!

Cara-cara buat:

  1. Korang tumbuk dulu bawang putih bagi lumat.
  2. Selepas itu, masukkan cili merah dengan hijau. Kalau ada batu giling lagi best, aku pakai batu lesung je kecil. Tumbuk sikit sikit sampai lumat.
  3. Sementara itu, panaskan minyak masak sampai berasap!
  4. Agak agak dah lumat cili tu, masukkan minyak masak dalam lesung batu sampai bunyi berdesir. Baru betul panas minyaknya. Minyak ini pakai agak-agak sebab aku tak sukat pun tadi.
  5. Gaul-gaul dulu. Kemudian, masukkan kacang gajus agak-agak sahaja. Kacang gajus itu tadi aku beli dah siap pack 50g je. Jadi, 50g lah tadi aku pakai.
  6. Kalau lesung batu kecil macam aku, keluarkan dulu cili tumbuk tadi dalam pinggan. Tumbuk kacang gajus bagi lumat. Dah lumat, aku masukkan balik cili.
  7. Nampak tak macam buat kerja 2-3 kali? Haha. Boleh saja nak tumbuk sesiap kacang gajus itu tadi.   
  8. Dah lumat cili + kacang gajus, tambah garam dengan MSG dan gaul rata. Ini sangat penting! Masukkan mintak bijan agak-agak korang.
  9. Gaul rata-rata. Minyak masak panas tadi kalau tak panas, panaskan semula. Dah berasap, tuang lagi dalam bahan siap tumbuk tadi. Gaul > letak minyak > gaul > letak minyak dia akan masak sendiri dalam lesung batu tu.
  10. Bila rasa macam dah cukup minyak, rasa la cukup ke tak garam dengan MSG pula. Masukkan dalam bekas. Minyak elok terapung elok pecah minyak dah siap!!!

Kalau korang rasa leceh dan malas, baik korang pergi saja makan dekat Ayam Gepuk Pak Gembus. Tak payah nak renyah-renyah cili masuk mata macam aku semalam. Tak pasal pedih mata aku.

Nota:

  • Tak perlu simpan dalam chiller/fridge pun sebab dia dah masak sendiri dengan minyak panas itu
  • Tahan 3-4 hari suhu bilik atas meja makan
  • Letak dalam bekas kedap udara
  • Pastikan sudu bersih, ambil sekali kemudian tutup. Jangan usik semua

Baca juga: Resipi Sambal Ikan Sate Garing, Lebih Sedap & Dapat Banyak Kalau Buat Sendiri!

Sumber: Helmi Haqiem

FT Image: Helmi Haqiem

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×