Dapur

Resepi Cili Kisar Boleh Tahan Berbulan, Tak Naik Kulat Putih Pun!

4.4K
SHARES
resepi cili kisar

Cili kisar merupakan bahan yang sangat diperlukan apabila ingin menyediakan hidangan berasaskan sambal. Makanya, penulis ingin kongsikan resepi cili kisar yang boleh bertahan lama sehingga berbulan tanpa naik kulat putih.

Resepi cili kisar ini telah dikongsikan oleh Puan Mim Yusof. Oleh kerana, masih ramai yang mempunyai simpanan cili kisar yang cepat rosak dan tidak mampu bertahan lama, maka tidak salah mencuba dan mengikuti tips ini. Jom!

Baca juga: Ahli Kimia Kongsi Tips Goreng Ikan, Elak Melekat Pada Kuali & Hasilnya ‘Juicy’!

RESEPI CILI KISAR REBUS SENDIRI TAHAN BERBULAN

resepi cili kisar

Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tahu kan? Tapi tak apa, nak share jugak lah, mungkin ada sorang dua yang masih tak tahu kan.

Selalukan kalau kita blend cili kering, simpan dalam peti ais tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih kan. Insha Allah, buat macam ini tahan lama, sebulan dua tak berkulat.

BAHAN-BAHANNYA:

  • 400gm cili kering.
  • 3 labu bawang putih.
  • Air tapis.

CARA PENYEDIAANNYA:

resepi cili kisar

1. Potong cili kering (buang biji) dan kupas bawang putih sebelum dicuci bersih-bersih.

Rebus sampai empuk.

2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.

3. Kemudian toskan (tak perlu basuh lagi cuma tos saja sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).

4. Biarkan sekejap agak-agak sejuk sedikit.

5. Kemudian kisar dengan menggunakan air tapis jangan guna air paip ye. Guna air tapis dan satu lagi bawang putih bertindak sebagai anti kulat.

Insha Allah cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Mim Yusof

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×