Dapur

Petua Bersihkan Siput Sedut Yang Berselut Dengan Serbuk ‘Magik’ Ini, Memang Menjadi!

2.5K
SHARES
cara basuh siput sedut

Terdapat pelbagai cara basuh siput sedut yang mungkin pernah anda dengar. Contohnya, menggunakan hampas kelapa. Namun kali ini, penulis ingin kongsikan petua membersihkannya dengan menggunakan serbuk ‘magik’ ini.

Tak lain dan tak bukan iaitu serbuk kunyit yang merupakan bahan yang sangat penting dan wajib ada di dapur rumah anda. Petua mudah membersihkan siput sedut yang berselut menggunakan serbuk kunyit ini telah dikongsikan oleh Puan Nora Anne. Jom cuba!

Baca juga: Menu Ekspres Ramadan, Resepi Enak Telur Sambal Cili Kering!

PETUA BASUH SIPUT SEDUT YANG BERSELUT!

cara basuh siput sedut

CARA BASUH SIPUT SEDUT

Assalamualaikum. Hari ini saya nak kongsi petua basuh siput sedut mengunakan serbuk kunyit sahaja. Mudah sangat!

MEMERLUKAN:

  • Serbuk kunyit.
  • Besen.
  • Siput sedut.

CARA-CARANYA:

  1. Keluarkan siput yang berselut dan letak dalam besen.
  2. Masukkan air paip agak-agak.
  3. Campurkan serbuk kunyit dua tiga sudu.
  4. Gaulkan rata dan biarkan dlm 15-20minit.
  5. Selepas itu, bolehlah potong bontot siput guna playar, gunting atau ketuk guna lesung.
  6. Bilas siput sedut sehingga bersih.

Saya guna playar je. Dah potong semua bontot siput tadi boleh bilas macam biasa sampai warna pada kulit siput bersih dan cerah takde selut, tak ada serpihan anda potong tadi.

Mudahkan! Bolehlah start memasak menu kesukaan korang. Macam hari ini, saya masak siput masak lemak sahaja. Menu saya meniaga sepanjang bulan Ramadan tahun ini secara cod.

Memang menjadi permintaan pelanggan saya. Kadang saya campur dengan pucuk ubi. Ada orang campur dengan keladi, labu atau pucuk keledek. Atas kesukaan kalian nak campur dengan sayur apa janji sedap ditekak kalian.

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CARA PUAN NORA

cara basuh siput sedut

BAHAN-BAHAN:

  • Siput sedut.
  • Bawang merah.*
  • Bawang putih.*
  • Halia.*
  • Serai.
  • Daun kunyit.
  • Asam keping.
  • Santan kotak.
  • Serbuk kunyit (ade kunyit hidup pun boleh),
  • Lada kecil (ikut atas tahap kepedasan).

CARA PENYEDIAANNYA:

1. Letak siput dalam kuali atau periuk favourite kalian.

2. Kisar atau tumbuk kasar bahan yang saya tanda * dan kemudian masukkan ke dalam periuk (tanpa buka api dapur lagi).

3. Masukkan asam keping, serai, daun kunyit, santan.

Sebab guna santan kotak jadi kena isi air agak-agak lah ye sesuai dengan banyak mana siput kalian. Kalau banyak siput pakai 2 kotak santan kecil.

4. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.

5. Buka api kacau bagi sebati. Buka api sederhana sahaja.

6. Masak sehingga mendidih dan berbuih kecil-kecil bermakna dah masak siput anda.

Ia sedia utk di hidang. Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Nora Anne’s via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×