Sihat

Tak Sangka Siput Sedut Banyak Manfaatnya Tapi BAHAYA Kalau Salah Cuci

18
SHARES
MANFAAT SIPUT SEDUT

Sebut sahaja siput sedut, pasti ramai mengemarinya terutama sekali jika dimasak seperti lemak cili api. Selain memiliki rasa yang unik, manfaat siput sedut juga banyak antaranya adalah kaya dengan kandungan zat besi.

Walau bagaimanapun, menurut perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia, makan siput sedut boleh mendatangkan mudarat sekiranya anda tidak mencucinya dengan bersih. Ikuti perkongsian lengkap di bawah ini.

Baca juga: 70% Wanita Malaysia Kekurangan Vitamin D, Jaga-Jaga Dengan Tanda Ini!

MANFAAT SIPUT SEDUT YANG TAK DISANGKA-SANGKA

MANFAAT SIPUT SEDUT

Siput sedut adalah sumber protein yang baik dan mengandungi mineral penting seperti kalsium, magnesium, serta zat besi.
Ini menjadikannya bermanfaat untuk membina dan memperbaiki tisu badan, serta menyokong kesihatan tulang dan imuniti.

Namun, jika tidak dimasak dengan betul, siput sedut boleh membawa parasit dan bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan penyakit serius. Siput yang hidup di perairan tercemar boleh mengandungi logam berat yang membahayakan kesihatan.

Antara kelebihan lain siput sedut adalah rendah kalori dan sesuai untuk mereka yang sedang mengamalkan gaya hidup sihat. Tentu menu anda lebih menarik berbanding biasa.

Seterusnya, manfaat siput sedut juga mengandungi asid lemak omega-3 yang tinggi dalam satu portion siput sudu segar. Asid lemak omega-3 mampu menurunkan kadar trigliserida yang terlalu tinggi.

Kadar trigliserida yang tinggi berisiko menyebabkan pelbagai masalah jantung seperti pengerasan pembuluh arteri dan serangan jantung.

Cara cuci siput sedut dengan betul

Bagi mendapatkan manfaat siput sedut, pastikan pastikan proses memasak yang sempurna dan memastikan sumber siput dari perairan yang bersih.

Perlu diingatkan bahawa jika tidak dimasak dengan betul, risiko jangkitan parasit dan anda mengalami keracunan makanan adalah tinggi.

– Cuci dan buang tanah sehingga bersih.

– Kemudian, potong muncung dalam 30 hingga 40 peratus.

– Bilas sekali lagi sehingga bersih.

– Isikan air dalam bekas dan masukkan siput sedut serta segenggam garam.

– Tutup bekas selama 30 minit dan lendir siput akan keluar.

– Setelah 30 minit, bilas semula siput sedut sehingga bersih.

– Setelah itu, sedia untuk dimasak mengikut pilihan cita rasa anda.

Baca juga: Ambil Wuduk 5 Kali Sehari Boleh Elak Umat Islam Terkena Jangkitan Penyakit Atau Virus

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×