Sejak kebelakangan ini, fenomena haiwan cengkerang yang bernama siput menjadi fenomena di Malaysia. Ia dek kerana, perlumbaan siput sedut yang tidak dirancang pada mulanya itu telah berjaya menarik perhatian warga maya. Namun, tindakan ini menjadi tanda tanya mengenai hukum lumba siput tersebut kerana adakah ia dibenarkan dalam Islam atau sebaliknya?
Jawapan mengenai hal ini ada dijelaskan di bawah.
Baca juga: Fu Ceen Tunai Nazar Umum Masuk Islam, Lepas Menang Emas Di SUKMA Sarawak 2024!
HUKUM LUMBA SIPUT
“Saya ingin bertanya satu soalan berkenaan lumba siput yang mula diminati oleh setengah orang sehari dua ini?”
Melalui hantaran dibuat Ustaz Azhar Idrus, bermula hukum asal bagi berlumba itu adalah harus. Ia sama ada yang berlumba itu manusia atau haiwan.
Namun, jika ada perkara yang dilarang agama seperti perjudian ketika berlumba itu, maka hukumnya berubah daripada harus menjadi haram.
Berkata Imam Ibnu Al-Quddamah:
وَالْمُسَابَقَةُ عَلَى ضَرْبَيْنِ ؛ مُسَابَقَةٌ بِغَيْرِ عِوَضٍ ، وَمُسَابَقَةٌ بِعِوَضٍ . فَأَمَّا الْمُسَابَقَةُ بِغَيْرِ عِوَضٍ ، فَتَجُوزُ مُطْلَقًا مِنْ غَيْرِ تَقْيِيدٍ بِشَيْءٍ مُعَييَّنٍ
Ertinya: “Dan perlumbaan itu ada dua bahagi. Pertama ialah perlumbaan tanpa bertaruh dan keduanya perlumbaan dengan bertaruh. Maka adapun perlumbaan tanpa bertaruh maka harus hukumnya dengan mutlak tanpa ada sebarang kaitan dengan suatu yang tertentu.” (Kitab Al-Mughni)
Selain itu, disyaratkan perlumbaan yang harus tanpa bertaruh itu ialah tiada penyiksaan terhadap haiwan yang terbabit.
Kesimpulannya perlumbaan siput tersebut jika tidak ada disertakan dengan pertaruhan maka hukumnya tidaklah haram.
Wallahua’lam.
Baca juga: “Kedai Depan Mata Tapi Kami Tak Nampak” Pelanggan Pelik & Terkejut Terus Hubungi ‘Owner’!
Sumber: Ustaz Azhar Idrus
FT Image: Sekadar gambar hiasan