Dapur

Petua Cepat Hilang Lendir Siput Sedut, Bila Makan Gulai Baru Rasa ‘Best’!

22
SHARES
cara masak siput sedut

Siput sedut memang enak apabila dimasak gulai lemak cili api. Namun, kadang-kadang lendirnya di dalam kuah boleh menimbulkan rasa tidak best ketika makan. Jangan risau! Cara masak siput sedut yang betul agar hilang lendir oleh Leyna Amiera ini betul-betul boleh membantu.

Baca juga: Tips Mudah Pilih Timun Rangup, Salah Pilih Boleh Rasa Pahit & Kurang ‘Juicy’!

CARA MASAK SIPUT SEDUT UNTUK BUANG LENDIR

cara masak siput sedut

Gambar: Leyna Amiera

Menurut Leyna, penggunaan pati air Sunquick dapat menghilangkan lendir siput sedut dengan cepat kerana tempoh rendamannya hanyalah sejam sahaja.

Bagi anda yang ingin terus memasak hidupan air tawar ini, sudah tentu kaedah tersebut sangatlah berguna! Lagi-lagi yang sensitif dengan rasa hanyir.

“Rendam siput dengan Sunquick. Keluar lendir-lendir itu.

“Saya rebus dulu sekali baru masukkan dalam gulai lemak sebab tak nak ada rasa tak best dekat gulai itu,” kongsinya.

Caranya seperti berikut:

  1. Potong bahagian buntut siput sedut menggunakan gunting bersesuaian.
  2. Setelah itu, letakkan pati Sunquick sebanyak sesudu dan tambahkan air.
  3. Kemudian, biarkan ia direndam selama 1  jam.

Baca juga: Resipi Kek Minyak Kukus Pandan Vanilla, Pejam Mata 20 Minit Je Dah Siap!

4 kaedah lain menghilangkan lendir siput sedut

cara masak siput sedut

Gambar: Leyna Amiera

Selain petua terkenal menggunakan hampas kelapa yang ditinggalkan semalaman, anda juga boleh mencuba beberapa kaedah lain untuk menghilangkan lendir siput sedut ini seperti dicadangkan warga maya di bawah.

“Letakkan limau nipis dan garam 2 sudu. Kemudian, rendam selama 30 minit.

“Kalau untuk masak banyak boleh cuba perah limau (kalau sayang guna Sunquick). Setelah itu, letak garam sedikit. Tadi masak memang elok tak berlendir pun.

“Kalau duduk kampung ada pelepah daun pisang, ambil cincang dan gaul-gaul bersama siput sedut. Nanti air liur siput keluar habis bersih dan tak berbau hanyir. Bilas dan terus masak.

Rebus air bagi mendidih dulu dan kemudian masukkan siput tanpa potong buntutnya. Biarkan ia masak selama 3 minit dan toskan sebelum dipotong buntut. Bila buat lauk lemak, masakkan dan perasakan dulu kuah baru masukkan siput sekejap sahaja dan tutup api. Memang hilang lendirnya dan lebih cepat,” antara petua yang dikongsikan warga maya.

Baca juga: Rahsia Cucur Udang Rangup & Tak Serap Minyak, Baru Tak ‘Berlemuih’ Mulut!

Tips menikmati isi siput sedut dengan mudah

Sementara itu, seorang warga maya meluahkan rasa yang terpaksa berputus asa untuk menikmati siput sedut dek kerana isi dalamnya yang susah untuk keluar apabila disedut.

Membalas komen tersebut, Leyna memberikan tips yang mudah. Caranya adalah dengan meletakkan kuah yang banyak di dalam siput sedut untuk memudahkan isinya disedut keluar.

Selamat mencuba!

Baca juga: Korean Garlic Cheese Bread Resipi Mudah, Cepat Nak Buat Sebelum Pergi Kerja!

Sumber: Leyna Amiera

FT Image: Leyna Amiera

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×